Monday, 28 April 2014

Selamat Pagi Semua


As Salam dan selamat pagi semua. 0630pagi. Pagi-pagi dah update blog. Kenapa? Otak masih cergas dan cerdas. Betul tak? Ada jelah idea nak keluar. Sebelum hilang baik tulis. Hah! Ni pun tips tau penulisan. Jangan simpan dan biar. Rugi.

Anak-anak sudah bangun awal tadi. Sekarang masa untuk tidur kembali. Sementara itu, dapatlah saya bersiap ke tempat kerja. Masih bekerja? Eh.. Bukan saya seorang blogger yang masih bekerja tau. Ramai tau. Sambil kerja pun boleh tulis blog. Zaman dah moden. Macam-macam kena buat. Kadang-kadang orang buat 2,3 kerja untuk menyara kehidupan. Lagipun saya dulu ada cita-cita nak jadi penulis buku. Tapi tak kesampaian. Sebab? Kurang pendedahan. Tiada arah tujuan. Adalah juga saya karang cerita. Tapi untuk bacaan sendiri sahaja. Ala-ala novel cinta remaja. Saya baca semula pun boleh tersenyum sendiri. Kelakar pun ada. He..

Sempat lagi ber'selfie' dalam perjalanan ke tempat kerja
Yang kusayang. Tempat mencari rezeki.

Lorong masuk ke kawasan tempat kerja
Ha cam tak kawasan ni? He..

Sayang jalan ni dah tak nampak cantik sebab musim
Bunga tuh dah habis. Terlambat. Kena tunggu musim nanti.


Dah sampai depan pintu ofis
Tapi kena park kat belakang
Maklumlah 'kuli'

Ok.. SELAMAT BEKERJA SEMUA







No comments:

Post a Comment