Tuesday, 20 May 2014

Ais krim goreng

Hai semua.. akhir saya update pada 08 Mei 2014. Ni dah kira tahap kemalasan semakin meningkat he. Sebenarnya saya cuba tau nak update setiap hari.. tapi ada je yang menghalang. Amboi.. salahkan benda lain nampak.. biasa sikap manusia normal. Huhu. 
Sekarang ni bukan nak cerita apa sangat. Tapi awak semua pernah makan ais krim goreng tak? Saya tak pernah. Minggu lepas pergi Giant Tampoi saja jalan-jalan.. niat hati nak beli 1 barang tengok-tengok dalam troli dekat 10 item. Nafsu betul.. he. 

Pada awal nak beli 1 jenis ais krim tapi si suami tercinta ku teringin nak makan ais krim goreng. Jadi layannn... he. Sudah selesai belanja. Balik rumah.. yang tak sangka sekali. Suami saya tolong goreng ais krim tu. Nampak tak kerajinannya terserlah.

Tak ambil gambar suami sebab dia tak pakai baju. Malu la kan.. he..


Ais krim goreng ini keluaran Nestle ada 2 perisa vanilla dan coklat. Kenapa beli dua? Sebab saya suka vanilla suami suka coklat.



Nampak tak ais krim tu.. menyelerakan kan? Di luar panas di dalam sejuk. Sangat sedap! ♥


Fathiah memang penggemar ais krim tak kira siang atau malam dia memang suka makan ais krim. Comel kan nak buat peace tapi salah buat. He.. miss u.

Ok sekian entri ini. Ais krim oh ais krim.



1 comment:

  1. Gambar aiskrim gorengnya tak appear pula.

    Saya dah masukkan blog sis kat bloglist saya ye. Jemput ke blog saya www.sitimunirah.com :)

    ReplyDelete