Wednesday, 21 May 2014

Cara Nak Pakai Floral Mask

Hai semua. Ada masa sedikit sebelum waktu rehat 1230pm.. saya nak share sikit cara pemakaian Floral Mask by Dianz.

1. Memula wapkan muka awak semua. Senang je. Ambil mangkuk berisi air panas. Suhu janganlah yang mendidih tu. Agak-agakla kepanasannya. Nanti tak tahan pulak. Lepas tu ambil tuala tutup bahagian kepala sambil muka menghala ke mangkuk tadi.

2. Wapkan selama 10 minit. Ini adalah untuk membuka pori atau liang roma supaya mudah white head dan black head keluar.

3. Lap muka dulu ok.. pasti segar kan? He..

4. Buka tube floral mask dan tuang pada hujung jari. Sapu rata-rata di bahagian yang bermasaalah. Elak bahagian mata, mulut, anak rambut. Nanti seksa pulak nak tarik. Jangan salahkan produk ok.. sendiri yang bersalah. 

5. Rileks sambil menikmati rancangan tv atau membaca buku. Rehat selama 20 minit.

6. Selepas rasa tegang dah boleh tanggalkan. Dengan cara menarik dari bawah membawa ke atas. Mudah sahaja. Tarik perlahan-lahan. 

7. Cuci muka dengan air suam. Atau lebih baik ambil ais tuam di muka. Untuk kecilkan pori yang terbuka tadi.



8. Dah siap. Mudah sahaja kan?

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment