Sunday, 7 December 2014

Grand Festival 1.0 Stadium MBJB

As salam.

Salam Isya'. Harap Solat didahulukan ya. Peringatan buat semua.

Bandar JB memang penuh rahmat. Hujan sepanjang hari. Alhamdulillah.

Jumaat, Sabtu dan Ahad
05-07 Dec 14
Grand Festival Bazaar 1.0

Fara tak sertai Bazaar ini pun. Tapi Fara tetap menyokong mereka yang berniaga. Semua peniaga adalah dari latarbelakang yang berbeza. Tapi satu tujuan. Memperkenalkan produk mereka di pasaran offline. Kerana rata-rata mereka berbisnes melalui FB dan IG.

Tujuan Fara ke sini sebenarnya bukanlah nak bershopping sangat. Sekadar cuci mata. Selebihnya Fara datang kumpul Name Card peniaga. Nak buat database mailing list. Adalah dalam 40 kad nama dapat dikumpul.
Terima kasih buat mereka yang sudi memberi kad nama mereka.

Terserempak dengan artis fav NurKhiriah. Jom tengok gambar ini.

Kecil molek sahaja orangnya. Sekarang beliau aktif bisnes online. Jadi Follow ig beliau ya!


Jalan-jalan ternampak satu blouse 'korean made'. Cantik, tebal dan warna lembut. Hati dah suka. Bila pegang. Wah, kualiti tinggi ni. Macam rugi pulak kalau tak beli. Nasib baik Cik Abang Sayang tolong bayarkan. ;) Tak mahal pun. Rm100 sahaja dari cikayuclothing IG.

Baju tu macam sesuai je buat Dinner. Hik..hik.
Nak tengok? Nantilah ye. Surprise sikit. Tunggu 20 Dec 14 ya awak-awak semua.

Blouse itu Fara padankan dengan Skirt Flare Emerald Green berharga Rm35 sahaja. Macam cantik je. Macam comel je. Puji baju sendiri. Jangan marah.

Salam sayang,
Fara
07 Dec 2014

2 comments: