Thursday, 11 December 2014

Kasut tak dapat, Org Belanja Makan

As salam. Selamat malam semua.
Hari ini Khamis, Fara,suami,buah hati Fathiah dan Fasihah juga Bonda ingin keluar ke Jusco Bukit Indah. Tujuan? Mencari dan hendak membeli kasut untuk Majlis Makan Malam 20 Dec 14 nanti.

Perjalanan dimulakan dengan Bismillah. Namun sampai di Bukit Indah, kereta terhenjut-henjut macam kehabisan minyak. Tengok-tengok signal 'engine oil pump' menyala. Hati dah tak sedap. Jangan mati di tengah jalan sudah. Tak lama lepas itu terus mati betul-betul di lampu isyarat berhadapan dengan Jusco Bukit Indah. Ya Allah! Apa lagi orang pun mula hon sebab kereta kami tak bergerak apabila lampu dah bertukar hijau. Razi tekan double signal. Hubungi Baba segera. Tak lama lepas itu, kereta mula bergerak perlahan. Alhamdulillah. Di dalam hati banyak berdoa supaya sampai didestinasi.

Setelah hampir setengah jam. Kami sampai di pengkalan nelayan Tampoi. Alhamdulillah. Mujur lokasi berhampiran dengan kedai makan. Apa lagi, dah alang-alang. Baik pesan makanan. Ye tak? Hujan-hujan macam ini memang tomyam jadi pilihan. Makanan dan minuman sudah sampai. Terus la aku tuang kuah tomyam dalam pinggan tanpa merasa. Tuangan yang terakhir aku rasa sesudu. Alamak pedasnya. Hampir tersedak. Aduh.. Nasib baik cik abang ambil pinggan aku. Terima kasih sayang. He..

Sebelum makan terjumpa dengan Mak Busu dan Pak Busu. Sebenarnya aku tak pernah kenal mereka. He. Tapi alangkah baiknya hati mereka bayar harga makanan kami. Alhamdulillah. Rezeki Allah.

Sambil makan tonton Piala Suzuki Malaysia menentang Vietnam. Keputusan akhir 4 berbalas 2. Yahoo! Malaysia menang. Harimau Malaya memang juara dihati kami.

Sesudah makan, jom bergambar. Nak tengok?


Baba iaitu bapa mertuaku bersama Cucu tersayang


Bonda Kamsiah emak ku 


Tengok bibir aku. Merah kan? Sweet Pink dari Avon. Ikut warna darah. Tak sangka lip gloss Rm5 menjadikan bibirku merah terlampau.
Ni gambar selepas makan tau.



Hai! Saya Fasihah tau. Comel tak saya? He.


saya comel macam Ibu saya kan? he.


Fathiah bukan main suka jalan-jalan. Tahu tak sampai sekarang, Jam sudah 23:50 dia masih main. Tak tidur lagi. Anak oh anak.

Sekian dulu ye awak-awak semua. 
kalau rindu tunggu post akan datang ye! 

Salam sayang,
Fara
11 Dec 2014

No comments:

Post a Comment