Thursday, 7 May 2015

Huawei Honor 4x

As salam semua. Selamat malam. Anak yg kedua dah selamat beradu. Kini melayan yang sulung. Entah apa yg dinyanyikan dari tadi tak tidur juga. Kadang-kadang aku tengok mereka ni over active. Hyper? Aku tak pasti. Yang aku yakin In shaa Allah mereka sihat.

Alamak,sedang aku taip new post ni. Fathiah bertanya "ibu,kenapa Fathiah tak boleh pakai bra?"

Erk. Terkedu. Tak jawab nanti dimarahinya. Aku pun jawab "belum sampai masanya" sambil tersenyum. Harap diterima jawapan itu.

Sebenarnya bukan itu tujuan aku tulis blog malam ni. Cuma nak share sikit kesedihan dek pemergian Note Samsung aku. Pada hari ini.. namun aku bersyukur sebab dengan rasa kasih Dan sayang suamiku En Razi telah menghadiahkan aku sebuah smartphone. Model Huawei Honor 4x. TERIMA KASIH SAYANG.

First time aku dengar model ni. Tapi dek tak kisah sangat pun. Yang penting aku boleh online. ALHAMDULILLAH. 

setakat aku guna dari tadi yang aku nampak function android mudah. Dan best sgt sebab surf laju sangat. I like!

Belanja sikit gambar ye.


Nampak style dan macam smartphone expensive kan?

HARGA: Rm699
Memory card Rm30
Kos kerugian: Rm729

Tapi buat aku NIL kerugian 
Sebab HADIAH dari suami.. untung berganda adalah.

Okla semua. Jumpa lagi di post akan datang. Semoga mimpi yang indah ye. 

Salam sayang,
Fara

#farabeautycmdjb
#1rumah1cmd



No comments:

Post a Comment