Tuesday, 5 May 2015

Salam 5 Mei 2015

As salam, lama dah tidak online untuk ber"blog". Macam biasa ada yang rindukan aku?
Masih sunyi. Tidak mengapa. Ku sedar diri ini, aku hanyalah insan biasa. Cheh.. siapa yang tahu lagu itu? Sila angguk kepala. He.

Sebenarnya, aku menyepi bukan apa. Aku sedang cari hala tuju hidup aku.

APA YANG AKU CARI DALAM HIDUP AKU???

Kadang-kadang aku tertanya-tanya. Apa yang patut aku BUAT untuk stabilkan kewangan dan ekonomi rumah tangga aku sekarang???

Sebenarnya, dah berbagai bisnes aku cuba. Namun aku hampa. Entah mengapa, aku sendiri belum kenal pasti lagi jawapan aku. Agak-agak anda semua apa patut aku buat? Bagaimana hendak bermula?

Akhirnya, aku mendapat 1 jawapan, In shaa Allah bakal membuahkan hasil jika aku FOKUS!

Aku berjumpa dengan Puan Mazliaton atau aku lebih kenal dengan panggilan Kak Chik. Bagi aku beliau seorang yang bersemangat kental. Ibu kepada 5 cahaya mata. Tidak bekerja hanya menjalankan bisnes dari rumah. Beliau memperkenalkan aku kepada CMD Revell. Aku kenal beliau sejak dari tahun 2008.

Aku terbuka hati untuk menceburi bidang perniagaan Revell dengan produk killer mereka iaitu CMD.

Tak silap aku pernah beritahu sebelum ini, I love MLM or network marketing. Bagi aku biarlah pandangan negative di luar sana, pandangan buruk masyarakat terhadap MLM. Pelbagai tohmahan dan kata-kata sinis dilemparkan kepada bidang ini. Namun jika dipandang pada sudut positif, di Malaysia sahaja hampir 30% jutawan di Malaysia datang dari MLM.

Robert T. Kiyosaki & Donald Trump pun mencadangkan MLM atau network marketing. Mereka pakar, aku hanya orang biasa, jadi nak berjaya dan kaya mesti ikut nasihat PAKAR. Betul tak?

Awak-awak semua doakan aku kaya dan berjaya dalam CMD Revell ya?
In shaa Allah aku pun doakan korang kaya & berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.

Nanti aku sambung lagi. Sekurang-kurangnya 1 hari 1 surat cinta aku tulis untuk awak-awak semua. Biar tak ternanti-nanti. Acehh..

Salam sayang
#farabeautycmdjb
#1rumah1cmd
#projekRM1mil

No comments:

Post a Comment