Tuesday, 25 August 2015

KENAPA SAYA DAN ANDA PERLU SIMPAN EMAS?

MENGAPA ANDA DAN SAYA PERLU SIMPAN EMAS FIZIKAL? -
 
Keselamatan (Security)

✏Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut.
✏Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.

  Perlindungan (Protection)

📌Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas.
📌Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas.

Mudah Dicairkan (High Liquidity)

📕Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian.
Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi.
📕Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Jongkong Emas dan ramai lagi.

Menguntungkan (Profitable)

🎯Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.
 
Mudah Dipindahkan (Portable)

🍒Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?!
🍒Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.
 
Tahan Lama (Durable)

🐝Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali.
🐝Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.
 
Hak Pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship)

📍Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan.
📍Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, di saat anda memerlukan, kerana ianya tidak mudah dicairkan.

No comments:

Post a Comment