Friday, 28 August 2015

Persediaan simpan Emas


Nasib ku sungguh baik kerana dah bt persediaan myimpan dlm EMAS..
Sila baca BH hari ini 01/08/2015.. 👇👇👇


TARIKH 27 Julai catat sejarah hitam bagi negara kita. Kepada sesiapa yang faham ekonomi, apa yang berlaku pada hari itu sangat menakutkan. Kesan buruknya kita semua akan rasa tak kira kita faham atau tidak. Yang Kunta Kinte harap ia tak jadi lebih buruk sebab kejadian hari itu sudah cukup teruk.


Malah, lebih teruk daripada yang kita alami apabila spekulator mata wang sarang duit kita dan duit negara Asia Tenggara dan Asia Timur pada tahun 1997/98. Pada 27 Julai lalu, kadar tukaran duit kita berbanding dolar Amerika jatuh kepada RM3.81 bagi setiap dolar, iaitu paras paling rendah dalam tempoh 17 tahun.


Pada hari itu, ringgit jatuh ke paras paling rendah sejak bulan September 1998. Yang Kunta Kinte lagi bimbang ialah nilai duit kita jatuh walaupun Bank Negara terus sokong ringgit di pasaran tukaran mata wang. Jadi Kunta Kinte sangat takut kalau-kalau masalah yang lebih teruk daripada soal teknikal atau naik turun pasaran.
Buat masa ini, duit kita adalah mata wang Asia yang paling buruk prestasinya. Macam Kunta Kinte dah sebut sebelum ini, bukan saja kejatuhan harga minyak mentah, sawit dan getah yang tekan turun nilai ringgit, tapi juga masalah-masalah bukan ekonomi macam keyakinan dan sentimen pun turut tekan turun nilai ringgit.


Nilai ringgit dah jatuh lebih rendah daripada kadar tukaran tetap RM3.80 yang Tun Dr Mahathir Mohamad perkenal waktu krisis kewangan Asia 1998. Kadar tukaran tetap itu dihapuskan pada tahun 2005 masa Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Lagilah gerun bila baca berita kata, Bank Negara mungkin tak masuk campur lagi dalam kegiatan pasaran untuk pertahan ringgit. Maksudnya Bank Negara akan biarkan nilai ringgit naik dan turun ikut pasaran. Selalunya Bank Negara masuk campur untuk elak naik atau turun mendadak kadar tukaran ringgit.


Kesan jangka pendek, sederhana lebih buruk Kunta Kinte faham kalau hal ini betul berlaku, tapi kesan jangka pendek dan sederhana kepada nilai ringgit mungkin lebih buruk. Tapi kita kena faham juga sampai bila dan had mana Bank Negara nak sokong ringgit dengan menggunakan rizab antarabangsa yang ia pegang.


Masalahnya, kalau nilai ringgit terus jatuh, harga import kita akan naik walaupun eksport kita jadi lebih murah. Negara luar mungkin beli lebih banyak barang keluaran kita dan pelancong asing mungkin lebih ramai datang berbelanja di negara kita. Tapi ekonomi satu dunia tak berapa baik. Hatta ekonomi China yang panas itu pun dah mula sejuk. Pelancong China yang sokong industri pelancongan dunia dah mula kurang.
Dalam keadaan ini, boleh jadi Bank Negara tak mampu atau tak mahu lagi guna rizab antarabangsanya untuk pertahan nilai ringgit sebab nilai ringgit dah jatuh ke tahap yang sangat rendah.


Tahun lepas, bila nilai ringgit mula jatuh dengan teruk, Bank Negara masuk campur dengan jual mata wang asing dan beli ringgit, tapi kesan ke atas ringgit tak tahan lama.
Rizab antarabangsa Bank Negara susut AS$18.9 bilion kepada AS$116 bilion pada akhir Disember 2014 daripada AS$134.9 bilion setahun lalu. Inilah antara masalah besar yang kita hadapi yang orang biasa tak faham, tapi akan rasa kesannya bila mereka beli-belah barang import, hantar duit kepada anak yang belajar di luar negara atau melancong ke luar negara.
Satu masalah besar ialah kita masih bergantung kepada makanan import macam beras, gula, gandum, daging dan susu. Malah, bahan mentah untuk makanan haiwan macam jagung dan kacang soya pun kena import juga.


Rizab antarabangsa ni penting. Macam duit dalam akaun kita di bank juga. Dengan rizab itulah kita bayar hutang piutang kita dan kita bayar import kita. Satu hal lagi, kalau jumlah rizab kita besar, nilai duit kita kukuh, tapi bila jumlah rizab jatuh, nilai duit kita jatuh sama. Saling kait-mengait. Jadi Kunta Kinte harap kita cubalah faham sikit sebanyak kesan tukaran mata wang ke atas kehidupan kita. Wallahuaklam.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/71492?m=1

No comments:

Post a Comment