Wednesday 21 May 2014

Pelanggan di Pintu Gerbang UTM

Selamat petang semua. Baru ada kesempatan nak update cerita tentang satu pelanggan online saya.. 


Masih ingat lagi tak lokasi ini? Saya pernah update saya beli tudung di sini kan? 
Ok kali ni bukan saya yang beli tapi saya datang hantar barang..


Lip scrub Apple RM8
Body scrub Tomato RM18
Body scrub Mix Fruit RM18

Sebenarnya customer ni dah bank in duit. Tapi bila dia bagi details saya terus terfikir. Dari pos lebih baik jumpa di pintu gerbang tuh. Kebetulan itu jalan saya ke tempat kerja. Jimat duit pos laju. Ye tak? He.


Inilah pelanggan yang dikatakan itu. Tq sebab sudi ambil gambar dengan saya. Comel kan? 
Nak berkenalan? He.. Tq Norulsazyani♥♥♥

Ok sekian cerita kali ini.. nanti rajin-rajin baca lagi eh blog saya. (^-^)

Tuesday 20 May 2014

Lunch Hour Mc Donald

Hari Rabu 21 Mei 2014

Hari Rabu yang sibuk. Sampai nak call order makanan pun tak sempat. Ha.. bayangkanlah wahai kawan-kawan semua. Jadi, langkah mudah.. pergi fast food restaurant yang berdekatan Mc Donalds.. walaupun tidaklah berapa kerap makan di sana.. tapi sekali sekala best jugak. 

Tak sampai 5 min dah sampai destinasi. Cuma tempat parking tiada. Jadi parkir di hadapan bangunan baru bersebelahan Mc D. Nasib baik owner bangunan jenis tak kisah. He.

Perut dah berkeroncong. Jom order.. lihat hasilnya di bawah..


Ni sebahagian sahaja ok. 
Saya order bubur size kecil, ayam goreng dan double cheese burger. Tamak kan? Memang kuat makan. Tapi berat tak naik-naik. Apa masalah? He.


Ni adik saya.. Angah. Tengok saiz macam dia kuat makan kan? Tapi taklah.. dia tak kuat makan ok.


Ni Ain. Kat opis tinggal dia seorang saja yang masih single. Tapi dah berpunya ok. He.


Sebelum makan masih sempat ambil gambar. Nasib baik tak bawa monopod. He..


Angah & Ain.. memang kuat bergambar..

Oklah. Jemput makan eh awak-awak semua. 
Lupa nak bagitau lokasi ek. 
Mc Donalds berdekatan Airport Senai. 

Tata titi tutu..


SouthFest Johor 2014

As salam... 
Hari ini sempat untuk cerita sikit tentang bazaar yang kami ikuti. Pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Galeri Glulam 
17 & 18 Mei 2014
South Fest 2014


Booth no.13 zon B


Sempat lagi pose he..


Suami saya sedang pasang rak. Tq sayang. Kalau tiada u. Tak tahula.. sebab i tak pandai pun..he


Tq sayang support wife u ni.. tq coz memahami diriku ini..


Colorsofscarf item.. 


Susu kambing dari Wildan


Fara beauty official items
Kalau beli di booth harga murah dan berbaloi tau. Rugi tak datang.


Pakaian kanak-kanak dari colorsofkids


Aksesori wanita seperti pin tudung dan brooch


Lip scrub RM6 sahaja ok


Para pelanggan yang sudi bergambar. So sporting tq.


Jom beli.. murah-murah..


Penggemar susu kambing


Cak.. my hubby pose kat belakang tu..


Pelanggan yang comel siap terus pakai baju yang dibeli he.. tq sayang mama dia usahakan cheese tart nanti next entri saya share eh..


Karikatur yang dilukis oleh kawan suami saya Qidal Ent. Tq.

Zombie nite




Seram kan.. saya pun takut tau. Tapi buat-buat cool je. Dalam hati buat selamba je..

Okla.. sampai sini sahaja tunggu entri akan datang eh.. 

Tq baca sampai habis. ♥





Thursday 8 May 2014

Hari Buruh Majlis Persandingan ♥

Selamat menyambut Hari Buruh buat semua pekerja seluruh dunia. Amboi.. Macamlah blog saya ni dibaca oleh bangsa asing. Perasan..   sudah terlambat ye nak ucap macam tu.. Sebenarnya saya yang terlambat post entri ni. Sudah ketinggalan. Tapi tetap nak cerita jugak.

Sebenarnya sejak bekerja dibawah naungan Company V ni, saya tidak pernah lagi berpeluang cuti pada awal bulan. Bekerja di bidang perakaunan menjadikan hidup sedikit sibuk. Lama-lama dah jadi kebiasaan. Tiada istilah hari buruh. He..

Sempat lagi kan 
Pelamin nan indah tempat sang mempelai bersanding
Bukan main suka lagi Fasihah nak pergi kenduri kahwin
Sekitar majlis persandingan

bersama adik saya, Angah dan anaknya Hadif
Fathiah dan Fasihah.. he.. Comel kan?

senyum jangan tak senyum
nampak tak Fasihah monyok? Nak tido...


bersama suami, Razi tercinta ;)
Fasihah sudah tidur :P
Ok Sekian,
Terima kasih kerana sudi membaca entri yang tak seberapanya ini.

LIKE MY FAN PAGE