Showing posts with label Diari Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Diari Hatiku. Show all posts

Sunday, 18 January 2015

Annual Dinner 2015

As salam, ada yang rindukan aku tak? Takde? Takpela, sebab aku tahu hubby aku sure rindukan aku, huhu.
Sebenarnya, nak tambah la gambar aku sekitar Majlis Annual Dinner 2015 yang baru selesai Sabtu 17 Jan 2015. Tempat berlangsung di Hotel Bangi Putrajaya, Selangor.

Kitorang pergi sana menaiki Van yang disewa, Smile Vision Holiday. Tip top servis. Cepat pula tu.

Jom tengok gambar kami semua di sana. Nak komen? Boleh sahaja, Tiada masalah. 




nampak tak muka happy aku dengan budak-budak ofis haha

gambar ni sekitar majlis berlangsung 
nak tengok?






simple sahaja baju yg aku pakai, tapi jangan tak percaya, menang BEST DRESS ok.
Dapat ape? rahsia. He. Gediknya ko.

Door gift Touch N go card siap gambar HITACHI TRANSPORT SYSTEM (M) SDN BHD
lagi, so nice.

Lepas tu dapat LUCKY DRAW, Blender dari Brand PENSONIC 
wow! suka, sebab FREE :)

Banyak lagi gambar tapi aku tak upload di sini, sebab nanti korang menyampah pulak tengok, Cukuplah apa yang ada ok.

Black & Red Night memang awesome
memang bertuahla siapa yang dapat Iphone 6 Plus tu 
Grr. geram sebab bukan aku yang dapat :(

Ok, Jumpa lagi ya,

Salam Sayang.

like my page ;







Thursday, 4 December 2014

Gambar Terkini Kawan-kawan di Pejabat

As salam Semua.

Harap semua berada dalam keadaan baik. Ok, kalau mood tak baik tu lebih baik cepat-cepat ambil wudhu' ok. Buang sifat negatif itu. Bahaya kalau stress selalu. Senyum sikit. :)

Jom cuci mata dengan gambar terbaru kami. Jangan marah hah!



cuba awak semua teka yang mana satu Fara?

kalau betul boleh bagi hadiah ni. haha.. 

Jangan marah- marah. Senyum- senyum selalu.

Salam sayang,
Fara
05 Dec 14

Sunday, 7 September 2014

birthday AKU

happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday to Fara
hapy birthday to me

haha.. happy nyer erm.. walau 05.09.14 ni tak la dpt big2 present kan.. tp alhamdulillah syukur masih dpt bernafas di muka bumi Allah. dapat tgk suami ku dpt tgk anak2 aku.. Alhamdulillah anugerah pancaindera Allah bg masih boleh berfungsi ;)

tq so much utk adik Suzi n Nurain dak opis aku celebrate my birthday kat Season Cafe ;) terharu... sob..sob.. nanes konon..

meh jamu mata tgk gambar eh..




oklah sambutan kecil kecilan shj.
tq so much muah!!!


08.09.14

Isnin yg cerah
Isnin yg meriah

er... sbnrnye mcm nk taip sajak sikit or pantun tp mcm tk jd kan he sengal.. eh.. aku ni berbakat tau ade jiwa seni jiwa halus.. sekali dtg idea mencurah2 haha.. tunggu eh hasilnya t..

ok smlm lek uma mom anniversarry wedding mom n pa (ayh n ma) ok.. tk bw hadiah. bw diri n ank2 je. kurang asam tul kan aku ni. he..

ma ckp ok je. tkpela yg ptg kitorang dtg jenguk dorg :) so sweet kn.. nnt bg gift ok. jgn risau i love u so much ;)

mood happy he kerja kan smpi bile pun tk habis cari rezeki biar halal ok ;)

nanti aku update lagi
kot2,ada yg rindu celoteh aku huhu..
perasan berbakol2 ahaks..

Saturday, 7 June 2014

Bazar Gerbang Selatan 2014

As Salam semua.. Minta maaf sebab bertangguh dalam hal menyiapkan blog. Niat ada cuma tindakan tidak seiring dengan niat. 

Pada 23 Mei dan 24 Mei lepas saya dan rakan niaga yang lain menyertai bazar Gerbang Selatan 2014. Alhamdulillah berjalan lancar walau sering dilanda hujan dan keadaan tapak bazar yang tidak berapa baik. Sebab tapak bazar di atas batu kerikil. Jadi para pelanggan apabila berjalan perlu berhati-hati kalau salah langkah ada kaki terpelecok atau terjatuh. Kan malu. Macam itu juga peniaga seperti kami. Panas dan hujan sanggup diredahi. Semua itu dugaan. Hasil jualan tidak seberapa pun tidak menjadi apa yang penting kami dapat meluaskan pasaran secara luar talian.

Pelbagai aktiviti sepatutnya dijalankan tetapi nampak seolah tiada sanbutan. Tidak tahu di mana silapnya. Artis yang dijemput juga tidak muncul. Bila ada pun sudah minit-minit terakhir. Tak nak disebut di sini. Nanti memalukan artis itu sendiri. Penganjur seolah lepas tangan dengan keadaan yang berlaku. Saya bukan hendak menghentam mana-mana pihak. Sekurang-kurangnya tunjukkan sedikit rasa tanggungjawab anda ke atas kami sebagai peniaga. 

Kecewa di atas tindakan penganjur sebenarnya. Dan kami sememangnya ingin duit sewa dipulangkan. Tetapi penganjur sudah melarikan diri. Mungkin takut berlaku perkara buruk ke atas mereka.

Tapi ini semua pengajaran buat kami peniaga baru. Sekurang-kurangnya kami perlu lebih berhati-hati jika hendak memilih tempat berniaga selepas ini. Nasi dah menjadi bubur.

Cuma saya paling ingat saya suka makan nasi ayam penyet yang dijual oleh peniaga disitu. Rm8.00 tetapi berbaloi. Cuma nasi sedikit. Saya ni nampak sahaja berbadan kurus tapi bab makan memang banyak. He..

Nak tengok ke gambar sekitar acara bazar ni? Selamat menjamu mata :)
Pelanggan cilik anak founder 
Colorsofscarf

Pelanggan yang sudi membeli body scrub iris

Yeah dapat baju baru. Tq ibu.

Nak juga enterframe. Selfie sikit.

Hujan yang turun sedikit menjejaskan
Tapak niaga

Tapi kan paling seronok tengok gambar 
Bawah ini.
Yus Jambu tolong saya promot 
Floral Mask yeah!!! Comel kan? :)


Muka dah berminyak masa untuk pulang he..

Dari kiri:- founder farabeauty_official, erni colorsofkids, effa colorsofscarf dan cyla cylaalicious

Sampai jumpa lagi di entri akan datang

Salam sayang,
Fara



















Tuesday, 20 May 2014

Lunch Hour Mc Donald

Hari Rabu 21 Mei 2014

Hari Rabu yang sibuk. Sampai nak call order makanan pun tak sempat. Ha.. bayangkanlah wahai kawan-kawan semua. Jadi, langkah mudah.. pergi fast food restaurant yang berdekatan Mc Donalds.. walaupun tidaklah berapa kerap makan di sana.. tapi sekali sekala best jugak. 

Tak sampai 5 min dah sampai destinasi. Cuma tempat parking tiada. Jadi parkir di hadapan bangunan baru bersebelahan Mc D. Nasib baik owner bangunan jenis tak kisah. He.

Perut dah berkeroncong. Jom order.. lihat hasilnya di bawah..


Ni sebahagian sahaja ok. 
Saya order bubur size kecil, ayam goreng dan double cheese burger. Tamak kan? Memang kuat makan. Tapi berat tak naik-naik. Apa masalah? He.


Ni adik saya.. Angah. Tengok saiz macam dia kuat makan kan? Tapi taklah.. dia tak kuat makan ok.


Ni Ain. Kat opis tinggal dia seorang saja yang masih single. Tapi dah berpunya ok. He.


Sebelum makan masih sempat ambil gambar. Nasib baik tak bawa monopod. He..


Angah & Ain.. memang kuat bergambar..

Oklah. Jemput makan eh awak-awak semua. 
Lupa nak bagitau lokasi ek. 
Mc Donalds berdekatan Airport Senai. 

Tata titi tutu..


SouthFest Johor 2014

As salam... 
Hari ini sempat untuk cerita sikit tentang bazaar yang kami ikuti. Pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Galeri Glulam 
17 & 18 Mei 2014
South Fest 2014


Booth no.13 zon B


Sempat lagi pose he..


Suami saya sedang pasang rak. Tq sayang. Kalau tiada u. Tak tahula.. sebab i tak pandai pun..he


Tq sayang support wife u ni.. tq coz memahami diriku ini..


Colorsofscarf item.. 


Susu kambing dari Wildan


Fara beauty official items
Kalau beli di booth harga murah dan berbaloi tau. Rugi tak datang.


Pakaian kanak-kanak dari colorsofkids


Aksesori wanita seperti pin tudung dan brooch


Lip scrub RM6 sahaja ok


Para pelanggan yang sudi bergambar. So sporting tq.


Jom beli.. murah-murah..


Penggemar susu kambing


Cak.. my hubby pose kat belakang tu..


Pelanggan yang comel siap terus pakai baju yang dibeli he.. tq sayang mama dia usahakan cheese tart nanti next entri saya share eh..


Karikatur yang dilukis oleh kawan suami saya Qidal Ent. Tq.

Zombie nite




Seram kan.. saya pun takut tau. Tapi buat-buat cool je. Dalam hati buat selamba je..

Okla.. sampai sini sahaja tunggu entri akan datang eh.. 

Tq baca sampai habis. ♥





Friday, 25 April 2014

Bazaar oh Bazar


As Salam semua.. Rasa teruk sangat-sangat la hari ni. Entah kenapa, rasa bersalah sangat sebab tak praktikkan ilmu yang diturunkan oleh Cikgu Anys. Selama hampir 4 bulan, ini baru kali kedua saya post cerita sejak entri pengenalan diri diterbitkan. Nampak sangat tak tahap kemalasannya dan kesibukkannya itu. Hehe..ini pun curi-curi masa sambil menghayun buai baby Fasihah. Si Kakak Fathiah pula sedang melayan Disney Junior. Kasihan dah 3 Minggu tak hadir ke Tadika Nuri, Damansara Aliff, Johor Bahru, Johor. Sebab apa? Nanti saya cerita ok. Sekarang FOKUS pada Bazaar yang saya join dulu.

Hari ini cuma nak share sedikit tentang Bazar Jualan yang saya sertai bersama Adik Erni Nazira dan rakannya yang mengendalikan Perniagaan Tudung dan Pakaian Kanak-kanak. Kalau nak jenguk-jenguk FB mereka pun boleh. Like page sekali eh, hamboih.. Macam-macam pulak eh. Hah..ni baru dikatakan bagi betis nak peha. He.. Page bisnes mereka adalah seperti berikut; #colorsofscarf http://www.facebook.com/colorsofscarf dan #colorsofkids http://www.facebok.com/colorsofkids. Like dan share page mereka ye. Ehem..ehem.. Takde upah promo ke weii.. Haha.

Sejak March'2014 sampai sekarang saya dah join 3 Bazaar, yang pertama Charity Bazaar Dataran Bandaraya JB sambil berniaga sambil beramal. Makin banyak kita sedekah, makin banyak kita dapat semula, In shaa Allah. Kedua Booth sempena Hari Konvokesyen Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kempas Johor. Dan yang sedang berlangsung sekarang bermula hari ini 25 April hingga 27 April 2014 adalah Alamak Bazaar. Jom ramai-ramai memeriahkan Dataran Bandaraya JB.

mama Erni sedang sibuk melayan pelanggan

antara barang jualan di bazaar

pelbagai jenis tudung, aksesori dan produk penjagaan diri
 dari colorsofscarf & fbo

sabun al razi, iris item, dianz vitamin & floral mask

booth colorsofscarf

Selepas beberapa booth kitorang join, akan datang ada lagi beberapa booth yang kami bakal masuk. semoga urusan dipermudahkan. Bukan hasil jualan dari segi RM kami cari, tapi agar semua pelanggan dan bakal pelanggan tahu kesungguhan kami dalam berbisnes. In shaa Allah, rezeki Allah itu luas.

Follow me:-
IG farabeauty_official
FB Fara Riza
Like my Fan Page
Fara Beauty