Showing posts with label bazaar. Show all posts
Showing posts with label bazaar. Show all posts

Saturday, 21 June 2014

The Bazaar Glulam

Hai semua. Baru sekarang dapat cerita dan masukkan sedikit gambar tentang The Bazaar yang telah berlangsung pada 14 Jun 14 lepas. Bertempat di Galeri Glulam JB. Ini kira kali kedua kami sertai acara jualan di Galeri Glulam. Cuma apa yang berbeza adalah kali ini 1 hari sahaja.

Sambutan?? Suam-suam kuku sahaja. Tapi tak kisahlah. Yang penting pengalaman berniaga lebih penting. Dapat juga berkenalan dengan vendor yang lain ;) 



Meja no 35 

Pada mula layout di tempat lain tiba-tiba berubah bertukar menjadi di bhgn dalam sekali. Hampa juga :( sebab orang tak ke dalam kan. Cuma cuci mata di bahagian pintu. Tak menjadi apa. Nak buat macam mana. Bukan rezeki. Walau dah setuju dapat di bahagian depan. 


Sebahagian customer kami


Suriani kawan sekolah SMTP JB
Lebih 10tahun tak jumpa tau ;)


Tengah cuba body scrub 
Rugi tak cuba 
IRIS Body scrub ;)

Okla jumpa lagi.
Charity Bazaar 21 dan 22 June 2014
A Mart Kempas 



Sunday, 8 June 2014

Karnival Usahawan Desa 2014



As salam. Hendak dijadikan cerita selepas acara Gerbang Selatan kami ambil satu lagi acara di Plaza Angsana. Padang A. Pada 30 Mei hingga 01 June 2014. Ikutkan acara ini acara minit terakhir. Disebabkan kami masih lagi keliru dek percanggahan waktu dengan bazar Nelly di Foon Yew 3. Aduhai. Pening juga hendak buat keputusan. Dan akhirnya. Kedua-dua tempat kami ambil. Tapi kena lah upah Yaya. Jaga bazaar. Yelah kan.. JUMAAT kerja. Kami bukan kerja Kerajaan. :( 

Karnival Usahawan Desa ini sebenarnya peringkat Kebangsaan. Bukan calang-calang acara. Kira kami ni menumpang tuah la. He. 
Banyak gerai yang dibuka. Tapi kami tak berpeluang nak ambil gambar dek kesibukan menjaga gerai masing-masing. 

Tak banyak sangat nak diceritakan di sini. Anda semua boleh tengok gambar di sini ya. 


Tengok ni setting baru untuk FBO 
Cantik kan? FREE TRIAL untuk body scrub.
Rugi tak cuba.


Badge dan prop special hand made dari 
Founder colorsofscarf ♥♥♥


Belon panas yang tak berapa nak panas


Harga di booth memang murah dan berbaloi


Beca berhias meriah dengan alunan muzik


Pakaian kanak-kanak 'new arrival'


Flash sales dari colorsofscarf 
RM15 sahaja


Angah merangkap pelanggan C.O.K


Pelanggan F.B.O yang comel
Tq shopping