Showing posts with label Produk Online. Show all posts
Showing posts with label Produk Online. Show all posts

Sunday, 18 January 2015

Annual Dinner 2015

As salam, ada yang rindukan aku tak? Takde? Takpela, sebab aku tahu hubby aku sure rindukan aku, huhu.
Sebenarnya, nak tambah la gambar aku sekitar Majlis Annual Dinner 2015 yang baru selesai Sabtu 17 Jan 2015. Tempat berlangsung di Hotel Bangi Putrajaya, Selangor.

Kitorang pergi sana menaiki Van yang disewa, Smile Vision Holiday. Tip top servis. Cepat pula tu.

Jom tengok gambar kami semua di sana. Nak komen? Boleh sahaja, Tiada masalah. 




nampak tak muka happy aku dengan budak-budak ofis haha

gambar ni sekitar majlis berlangsung 
nak tengok?






simple sahaja baju yg aku pakai, tapi jangan tak percaya, menang BEST DRESS ok.
Dapat ape? rahsia. He. Gediknya ko.

Door gift Touch N go card siap gambar HITACHI TRANSPORT SYSTEM (M) SDN BHD
lagi, so nice.

Lepas tu dapat LUCKY DRAW, Blender dari Brand PENSONIC 
wow! suka, sebab FREE :)

Banyak lagi gambar tapi aku tak upload di sini, sebab nanti korang menyampah pulak tengok, Cukuplah apa yang ada ok.

Black & Red Night memang awesome
memang bertuahla siapa yang dapat Iphone 6 Plus tu 
Grr. geram sebab bukan aku yang dapat :(

Ok, Jumpa lagi ya,

Salam Sayang.

like my page ;







Sunday, 15 June 2014

Mengapa memilih MLM dari Bisnes Konvensional atau makan Gaji

Coretan 
Robert T. Kiyosaki :
“A network marketing system, a system I often call a personal franchise, is a very democratic way to achieve wealth! It is also new & revolution ary way to achieve wealth!"

DONALD TRUMP opinion on network Marketing (MLM) In one of the OPRAH talk show, with Donald Trump as the guest,
she asked him  “if you go bankrupt again what would you do?”
he replied: "I will start a MLM business, and then all the audiences started to BoooooooooO!!! and then he said: “That’s why you are sitting there and I am sitting here. I believe MLM is a powerful concept, but it has been misused. Unfortunately most of the people can’t differentiate MLM from PYRAMID SCHEME”

Rata-rata Rakyat Malaysia telah selesa dengan keadaan mereka (zon selesa mereka) Namun, ramai yang tidak sedar perbezaan yang JELAS antara potensi MLM dengan bekerja ‘makan gaji’ sahaja.
Antara Perbezaan yang jelas adalah:- MLM adalah perniagaan yang boleh di warisi kepada keluarga.

- Potensi Income MLM tiada had (boarderless). Peluang anda capai kebebasan kewangan!
- Anda bekerja untuk diri anda sendiri, you are the boss!
- Hanya memerlukan kos yang rendah. Perniagaan perlukan kos, tetapi tidak setinggi perniagaan konvensional.
- Risiko lebih rendah berbanding perniagaan convensional kerana sekiranya berlaku kegagalan, ia tidak melibatkan kos yang besar.
- Anda tentukan masa bekerja anda sendiri, tidur bangun anda tentukan. Masa sendiri, nak beribadat pun senang.
- Anda Boleh lakukan di mana-mana,dan pada bila-bila sahaja. You choose!
- Boleh di lakukan secara online dan offline.
- Anda tidak perlu meninggalkan pekerjaan anda sekarang, anda boleh lakukan Secara Fulltime atau part time. 2 pekerjaan lebih baik dari 1 bukan??
- Cara kerja di dalam MLM yang simple membolehkan anda melakukan secara part time tanpa tekanan. Ingat, anda bekerja untuk diri anda sendiri!
Semua orang sedar akan potensi bidang MLM. Tetapi Cukup ramai yang tidak mengambil peluang untuk menjadi sebahagian daripada bidang ini. Kenapa? Di sini terdapat 3 golongan yang sangat berkaitan dengan MLM ini;

Golongan yang Ingin mencuba tetapi tidak tahu bagaimana cara dan langkah untuk memulakannya.

- Jika anda golongan ini, teruskan membaca sehingga perenggan paling last. Semoga artikel ini dapat memberikan gambaran yang jelas sebagai Panduan sebelum memasuki dunia MLM.
Golongan yang pernah mencuba tetapi gagal dan buntu.
- Usah putus asa. Kegagalan adalah guru yang akan mengajar anda bagaiamana menjadi lebih bagus dari sebelumnya. Bukan dengan cara melarikan diri. Perniagaan MLM ini perlu ada Ilmu. Ilmu boleh di cari, kemahiran boleh di bina, semua memiliki peluang untuk menjadi yang terbaik dengan mengikuti kaedah dan cara yang betul melalui kerjasama berpasukan, menghadiri taklimat, belajar dari yang telah Berjaya dan tidak lupa juga menimba ilmu melalui bacaan tambahan. Cuba anda tanyakan kepada jutawan-jutawan MLM, pasti mereka semua akan katakan “putus asa tidak ada di dalam kamus hidup saya!”. Dan cuba anda renung kembali saat anda belajar menunggang basikal dahulu. Pada Mulanya, ada yang membantu memegang basikal dan anda mengayuh perlahan-lahan. Kemudian dilepaskan pegangan. Anda mungkin terjatuh, lutut luka dan berdarah. Tetapi keinginan menunggang basikal memaksa anda tidak putus berusaha sehingga dapat menunggang tanpa bantuan. Sekiranya berputus asa, anda memang tidak akan berpeluang menunggang basikal sampai bila-bila. So, the best thing to do is, tidak putus asa dan terus berusaha sehingga Berjaya. Kejayaan untuk semua orang! Jadi, teruskan membaca =)

Golongan yang anti-MLM dan menganggap MLM ini bukan bidang mereka.
- Jika anda golongan ini, mungkin anda beranggapan bekerja makan gaji lebih selamat, dan terjamin serta lebih BAGUS dari menyertai MLM bukan? Kembali kepada reality, Tanya pada diri anda, adakah anda Berjaya memiliki kereta idaman dengan hanya berkerja makan gaji saja? Memiliki rumah yang besar? Ada simpanan yang yang banyak? Shopping ke sana ke sini mengikut kemahuan sendiri? Menjalani kehidupan tanpa ada tekanan hutang??

Tanpa ada tekanan kerja dari BOSS?? Tekanan kerja dari pekerja bawahan?? Terkejar ke sana ke sini menjalankan tugas dengan kadar gaji yang sama saja setiap bulan Pada hakikatnya, anda berkerja di dalam sebuah syarikat di mana, BOSS anda menjalankan perniagaan antara syarikat  dan anda adalah sebagai ‘tenaga kerja’ yang membantu perniagaan BOSS anda. Tetapi realitinya anda mengharapkan kehidupan yang hanya BOSS anda miliki.  MCoretan 
Robert T. Kiyosaki :
“A network marketing system, a system I often call a personal franchise, is a very democratic way to achieve wealth! It is also new & revolution ary way to achieve wealth!"

DONALD TRUMP opinion on network Marketing (MLM) In one of the OPRAH talk show, with Donald Trump as the guest,
she asked him  “if you go bankrupt again what would you do?”
he replied: "I will start a MLM business, and then all the audiences started to BoooooooooO!!! and then he said: “That’s why you are sitting there and I am sitting here. I believe MLM is a powerful concept, but it has been misused. Unfortunately most of the people can’t differentiate MLM from PYRAMID SCHEME”

Rata-rata Rakyat Malaysia telah selesa dengan keadaan mereka (zon selesa mereka) Namun, ramai yang tidak sedar perbezaan yang JELAS antara potensi MLM dengan bekerja ‘makan gaji’ sahaja.
Antara Perbezaan yang jelas adalah:- MLM adalah perniagaan yang boleh di warisi kepada keluarga.
- Potensi Income MLM tiada had (boarderless). Peluang anda capai kebebasan kewangan!
- Anda bekerja untuk diri anda sendiri, you are the boss!
- Hanya memerlukan kos yang rendah. Perniagaan perlukan kos, tetapi tidak setinggi perniagaan konvensional.
- Risiko lebih rendah berbanding perniagaan convensional kerana sekiranya berlaku kegagalan, ia tidak melibatkan kos yang besar.
- Anda tentukan masa bekerja anda sendiri, tidur bangun anda tentukan. Masa sendiri, nak beribadat pun senang.
- Anda Boleh lakukan di mana-mana,dan pada bila-bila sahaja. You choose!
- Boleh di lakukan secara online dan offline.
- Anda tidak perlu meninggalkan pekerjaan anda sekarang, anda boleh lakukan Secara Fulltime atau part time. 2 pekerjaan lebih baik dari 1 bukan??
- Cara kerja di dalam MLM yang simple membolehkan anda melakukan secara part time tanpa tekanan. Ingat, anda bekerja untuk diri anda sendiri!
Semua orang sedar akan potensi bidang MLM. Tetapi Cukup ramai yang tidak mengambil peluang untuk menjadi sebahagian daripada bidang ini. Kenapa? Di sini terdapat 3 golongan yang sangat berkaitan dengan MLM ini;
Golongan yang Ingin mencuba tetapi tidak tahu bagaimana cara dan langkah untuk memulakannya.
- Jika anda golongan ini, teruskan membaca sehingga perenggan paling last. Semoga artikel ini dapat memberikan gambaran yang jelas sebagai Panduan sebelum memasuki dunia MLM.
Golongan yang pernah mencuba tetapi gagal dan buntu.
- Usah putus asa. Kegagalan adalah guru yang akan mengajar anda bagaiamana menjadi lebih bagus dari sebelumnya. Bukan dengan cara melarikan diri. Perniagaan MLM ini perlu ada Ilmu. Ilmu boleh di cari, kemahiran boleh di bina, semua memiliki peluang untuk menjadi yang terbaik dengan mengikuti kaedah dan cara yang betul melalui kerjasama berpasukan, menghadiri taklimat, belajar dari yang telah Berjaya dan tidak lupa juga menimba ilmu melalui bacaan tambahan. Cuba anda tanyakan kepada jutawan-jutawan MLM, pasti mereka semua akan katakan “putus asa tidak ada di dalam kamus hidup saya!”. Dan cuba anda renung kembali saat anda belajar menunggang basikal dahulu. Pada Mulanya, ada yang membantu memegang basikal dan anda mengayuh perlahan-lahan. Kemudian dilepaskan pegangan. Anda mungkin terjatuh, lutut luka dan berdarah. Tetapi keinginan menunggang basikal memaksa anda tidak putus berusaha sehingga dapat menunggang tanpa bantuan. Sekiranya berputus asa, anda memang tidak akan berpeluang menunggang basikal sampai bila-bila. So, the best thing to do is, tidak putus asa dan terus berusaha sehingga Berjaya. Kejayaan untuk semua orang! Jadi, teruskan membaca =)

Golongan yang anti-MLM dan menganggap MLM ini bukan bidang mereka.
- Jika anda golongan ini, mungkin anda beranggapan bekerja makan gaji lebih selamat, dan terjamin serta lebih BAGUS dari menyertai MLM bukan? Kembali kepada reality, Tanya pada diri anda, adakah anda Berjaya memiliki kereta idaman dengan hanya berkerja makan gaji saja? Memiliki rumah yang besar? Ada simpanan yang yang banyak? Shopping ke sana ke sini mengikut kemahuan sendiri? Menjalani kehidupan tanpa ada tekanan hutang??

Tanpa ada tekanan kerja dari BOSS?? Tekanan kerja dari pekerja bawahan?? Terkejar ke sana ke sini menjalankan tugas dengan kadar gaji yang sama saja setiap bulan Pada hakikatnya, anda berkerja di dalam sebuah syarikat di mana, BOSS anda menjalankan perniagaan antara syarikat  dan anda adalah sebagai ‘tenaga kerja’ yang membantu perniagaan BOSS anda. Tetapi realitinya anda mengharapkan kehidupan yang hanya BOSS anda miliki.

MLM boleh dilakukan secara part time dan tidak semestinya meniggalkan kerja anda sekarang. menceburi MLM bermaksud anda berkerja untuk diri sendiri, sebagai Perniagaan anda sendiri, anda adalah bos dan jadi anda layak menikmati kehidupan seorang boss bukan??!! Konsep sama juga seperti anda berkerja. Orang atasan anda (supervior) atau boss anda bertindak sebagai UPLINE, dan kakitangan bawahan (jika ada) bertindak sebagai downline anda. Tetapi apa yang membezakan di dalam MLM adalah, anda mampu memperolehi pendapatan (gaji) yang jauh lebih besar dari boss anda (upline) dan pendapatannya tiada had!
So, it’s just the same but the potential are very powerful! Think again, which one do you choose? Work for people (and making them rich) or work for yourself (and of cause, you make yourself rich!).

Take a chance, and make a different! Let’s continue reading shall we? =)Kebanyakan orang ramai tidak faham dengan jelas apa itu MLM dan apakah perlu mereka lakukan untuk Berjaya. Disebabkan kurangnya ilmu dan proses pembelajaran di dalam bidang ini, ramai yang kecundang dan menyebabkan MLM diburuk sangka. Jika anda mampu mengatasi masalah ini, ia tidak mustahil untuk anda menjadi salah seorang yang Berjaya di dalam MLM. Keluarkan minda negatif anda dan keluarkan diri anda daripada pergaulan negatif. Cuba anda perhatikan kepada mereka yang membuat kenyataan buruk terhadap MLM, adalah mereka ‘pekerja jutawan’? adakah mereka mempunyai cara untuk Berjaya menjadi jutawan (selain melibatkan diri di dalam perniagaan)? Jarang sekali bukan?

Kegagalan adalah hasil kerja diri anda sendiri, MLM adalah perniagaan anda, anda yang tentukan hala tuju. Sama seperti dibuang kerja. Adakah disebabkan syarikat bermasalah, atau diri sendiri? MLM adalah salah satu cabang yang sama seperti mana-mana sumber rezeki (perniagaan) yang lain, tetapi ia mempunyai potensi pendapatan yang jauh lebih besar dengan caranya yang tersendiri.SUKSESLM boleh dilakukan secara part time dan tidak semestinya meniggalkan kerja anda sekarang. menceburi MLM bermaksud anda berkerja untuk diri sendiri, sebagai Perniagaan anda sendiri, anda adalah bos dan jadi anda layak menikmati kehidupan seorang boss bukan??!! Konsep sama juga seperti anda berkerja. Orang atasan anda (supervior) atau boss anda bertindak sebagai UPLINE, dan kakitangan bawahan (jika ada) bertindak sebagai downline anda. Tetapi apa yang membezakan di dalam MLM adalah, anda mampu memperolehi pendapatan (gaji) yang jauh lebih besar dari boss anda (upline) dan pendapatannya tiada had!

So, it’s just the same but the potential are very powerful! Think again, which one do you choose? Work for people (and making them rich) or work for yourself (and of cause, you make yourself rich!).

Take a chance, and make a different! Let’s continue reading shall we? =)Kebanyakan orang ramai tidak faham dengan jelas apa itu MLM dan apakah perlu mereka lakukan untuk Berjaya. Disebabkan kurangnya ilmu dan proses pembelajaran di dalam bidang ini, ramai yang kecundang dan menyebabkan MLM diburuk sangka.

 Jika anda mampu mengatasi masalah ini, ia tidak mustahil untuk anda menjadi salah seorang yang Berjaya di dalam MLM. Keluarkan minda negatif anda dan keluarkan diri anda daripada pergaulan negatif. Cuba anda perhatikan kepada mereka yang membuat kenyataan buruk terhadap MLM, adalah mereka ‘pekerja jutawan’? adakah mereka mempunyai cara untuk Berjaya menjadi jutawan (selain melibatkan diri di dalam perniagaan)? Jarang sekali bukan? Kegagalan adalah hasil kerja diri anda sendiri, MLM adalah perniagaan anda, anda yang tentukan hala tuju. Sama seperti dibuang kerja. Adakah disebabkan syarikat bermasalah, atau diri sendiri? MLM adalah salah satu cabang yang sama seperti mana-mana sumber rezeki (perniagaan) yang lain, tetapi ia mempunyai potensi pendapatan yang jauh lebih besar dengan caranya yang tersendiri.SUKSES

Sunday, 8 June 2014

Karnival Usahawan Desa 2014



As salam. Hendak dijadikan cerita selepas acara Gerbang Selatan kami ambil satu lagi acara di Plaza Angsana. Padang A. Pada 30 Mei hingga 01 June 2014. Ikutkan acara ini acara minit terakhir. Disebabkan kami masih lagi keliru dek percanggahan waktu dengan bazar Nelly di Foon Yew 3. Aduhai. Pening juga hendak buat keputusan. Dan akhirnya. Kedua-dua tempat kami ambil. Tapi kena lah upah Yaya. Jaga bazaar. Yelah kan.. JUMAAT kerja. Kami bukan kerja Kerajaan. :( 

Karnival Usahawan Desa ini sebenarnya peringkat Kebangsaan. Bukan calang-calang acara. Kira kami ni menumpang tuah la. He. 
Banyak gerai yang dibuka. Tapi kami tak berpeluang nak ambil gambar dek kesibukan menjaga gerai masing-masing. 

Tak banyak sangat nak diceritakan di sini. Anda semua boleh tengok gambar di sini ya. 


Tengok ni setting baru untuk FBO 
Cantik kan? FREE TRIAL untuk body scrub.
Rugi tak cuba.


Badge dan prop special hand made dari 
Founder colorsofscarf ♥♥♥


Belon panas yang tak berapa nak panas


Harga di booth memang murah dan berbaloi


Beca berhias meriah dengan alunan muzik


Pakaian kanak-kanak 'new arrival'


Flash sales dari colorsofscarf 
RM15 sahaja


Angah merangkap pelanggan C.O.K


Pelanggan F.B.O yang comel
Tq shopping






Saturday, 7 June 2014

Bazar Gerbang Selatan 2014

As Salam semua.. Minta maaf sebab bertangguh dalam hal menyiapkan blog. Niat ada cuma tindakan tidak seiring dengan niat. 

Pada 23 Mei dan 24 Mei lepas saya dan rakan niaga yang lain menyertai bazar Gerbang Selatan 2014. Alhamdulillah berjalan lancar walau sering dilanda hujan dan keadaan tapak bazar yang tidak berapa baik. Sebab tapak bazar di atas batu kerikil. Jadi para pelanggan apabila berjalan perlu berhati-hati kalau salah langkah ada kaki terpelecok atau terjatuh. Kan malu. Macam itu juga peniaga seperti kami. Panas dan hujan sanggup diredahi. Semua itu dugaan. Hasil jualan tidak seberapa pun tidak menjadi apa yang penting kami dapat meluaskan pasaran secara luar talian.

Pelbagai aktiviti sepatutnya dijalankan tetapi nampak seolah tiada sanbutan. Tidak tahu di mana silapnya. Artis yang dijemput juga tidak muncul. Bila ada pun sudah minit-minit terakhir. Tak nak disebut di sini. Nanti memalukan artis itu sendiri. Penganjur seolah lepas tangan dengan keadaan yang berlaku. Saya bukan hendak menghentam mana-mana pihak. Sekurang-kurangnya tunjukkan sedikit rasa tanggungjawab anda ke atas kami sebagai peniaga. 

Kecewa di atas tindakan penganjur sebenarnya. Dan kami sememangnya ingin duit sewa dipulangkan. Tetapi penganjur sudah melarikan diri. Mungkin takut berlaku perkara buruk ke atas mereka.

Tapi ini semua pengajaran buat kami peniaga baru. Sekurang-kurangnya kami perlu lebih berhati-hati jika hendak memilih tempat berniaga selepas ini. Nasi dah menjadi bubur.

Cuma saya paling ingat saya suka makan nasi ayam penyet yang dijual oleh peniaga disitu. Rm8.00 tetapi berbaloi. Cuma nasi sedikit. Saya ni nampak sahaja berbadan kurus tapi bab makan memang banyak. He..

Nak tengok ke gambar sekitar acara bazar ni? Selamat menjamu mata :)
Pelanggan cilik anak founder 
Colorsofscarf

Pelanggan yang sudi membeli body scrub iris

Yeah dapat baju baru. Tq ibu.

Nak juga enterframe. Selfie sikit.

Hujan yang turun sedikit menjejaskan
Tapak niaga

Tapi kan paling seronok tengok gambar 
Bawah ini.
Yus Jambu tolong saya promot 
Floral Mask yeah!!! Comel kan? :)


Muka dah berminyak masa untuk pulang he..

Dari kiri:- founder farabeauty_official, erni colorsofkids, effa colorsofscarf dan cyla cylaalicious

Sampai jumpa lagi di entri akan datang

Salam sayang,
Fara



















Wednesday, 21 May 2014

Pelanggan di Pintu Gerbang UTM

Selamat petang semua. Baru ada kesempatan nak update cerita tentang satu pelanggan online saya.. 


Masih ingat lagi tak lokasi ini? Saya pernah update saya beli tudung di sini kan? 
Ok kali ni bukan saya yang beli tapi saya datang hantar barang..


Lip scrub Apple RM8
Body scrub Tomato RM18
Body scrub Mix Fruit RM18

Sebenarnya customer ni dah bank in duit. Tapi bila dia bagi details saya terus terfikir. Dari pos lebih baik jumpa di pintu gerbang tuh. Kebetulan itu jalan saya ke tempat kerja. Jimat duit pos laju. Ye tak? He.


Inilah pelanggan yang dikatakan itu. Tq sebab sudi ambil gambar dengan saya. Comel kan? 
Nak berkenalan? He.. Tq Norulsazyani♥♥♥

Ok sekian cerita kali ini.. nanti rajin-rajin baca lagi eh blog saya. (^-^)

Tuesday, 20 May 2014

SouthFest Johor 2014

As salam... 
Hari ini sempat untuk cerita sikit tentang bazaar yang kami ikuti. Pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Galeri Glulam 
17 & 18 Mei 2014
South Fest 2014


Booth no.13 zon B


Sempat lagi pose he..


Suami saya sedang pasang rak. Tq sayang. Kalau tiada u. Tak tahula.. sebab i tak pandai pun..he


Tq sayang support wife u ni.. tq coz memahami diriku ini..


Colorsofscarf item.. 


Susu kambing dari Wildan


Fara beauty official items
Kalau beli di booth harga murah dan berbaloi tau. Rugi tak datang.


Pakaian kanak-kanak dari colorsofkids


Aksesori wanita seperti pin tudung dan brooch


Lip scrub RM6 sahaja ok


Para pelanggan yang sudi bergambar. So sporting tq.


Jom beli.. murah-murah..


Penggemar susu kambing


Cak.. my hubby pose kat belakang tu..


Pelanggan yang comel siap terus pakai baju yang dibeli he.. tq sayang mama dia usahakan cheese tart nanti next entri saya share eh..


Karikatur yang dilukis oleh kawan suami saya Qidal Ent. Tq.

Zombie nite




Seram kan.. saya pun takut tau. Tapi buat-buat cool je. Dalam hati buat selamba je..

Okla.. sampai sini sahaja tunggu entri akan datang eh.. 

Tq baca sampai habis. ♥





Friday, 25 April 2014

Bazaar oh Bazar


As Salam semua.. Rasa teruk sangat-sangat la hari ni. Entah kenapa, rasa bersalah sangat sebab tak praktikkan ilmu yang diturunkan oleh Cikgu Anys. Selama hampir 4 bulan, ini baru kali kedua saya post cerita sejak entri pengenalan diri diterbitkan. Nampak sangat tak tahap kemalasannya dan kesibukkannya itu. Hehe..ini pun curi-curi masa sambil menghayun buai baby Fasihah. Si Kakak Fathiah pula sedang melayan Disney Junior. Kasihan dah 3 Minggu tak hadir ke Tadika Nuri, Damansara Aliff, Johor Bahru, Johor. Sebab apa? Nanti saya cerita ok. Sekarang FOKUS pada Bazaar yang saya join dulu.

Hari ini cuma nak share sedikit tentang Bazar Jualan yang saya sertai bersama Adik Erni Nazira dan rakannya yang mengendalikan Perniagaan Tudung dan Pakaian Kanak-kanak. Kalau nak jenguk-jenguk FB mereka pun boleh. Like page sekali eh, hamboih.. Macam-macam pulak eh. Hah..ni baru dikatakan bagi betis nak peha. He.. Page bisnes mereka adalah seperti berikut; #colorsofscarf http://www.facebook.com/colorsofscarf dan #colorsofkids http://www.facebok.com/colorsofkids. Like dan share page mereka ye. Ehem..ehem.. Takde upah promo ke weii.. Haha.

Sejak March'2014 sampai sekarang saya dah join 3 Bazaar, yang pertama Charity Bazaar Dataran Bandaraya JB sambil berniaga sambil beramal. Makin banyak kita sedekah, makin banyak kita dapat semula, In shaa Allah. Kedua Booth sempena Hari Konvokesyen Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kempas Johor. Dan yang sedang berlangsung sekarang bermula hari ini 25 April hingga 27 April 2014 adalah Alamak Bazaar. Jom ramai-ramai memeriahkan Dataran Bandaraya JB.

mama Erni sedang sibuk melayan pelanggan

antara barang jualan di bazaar

pelbagai jenis tudung, aksesori dan produk penjagaan diri
 dari colorsofscarf & fbo

sabun al razi, iris item, dianz vitamin & floral mask

booth colorsofscarf

Selepas beberapa booth kitorang join, akan datang ada lagi beberapa booth yang kami bakal masuk. semoga urusan dipermudahkan. Bukan hasil jualan dari segi RM kami cari, tapi agar semua pelanggan dan bakal pelanggan tahu kesungguhan kami dalam berbisnes. In shaa Allah, rezeki Allah itu luas.

Follow me:-
IG farabeauty_official
FB Fara Riza
Like my Fan Page
Fara Beauty