Friday, 25 April 2014

Bazaar oh Bazar


As Salam semua.. Rasa teruk sangat-sangat la hari ni. Entah kenapa, rasa bersalah sangat sebab tak praktikkan ilmu yang diturunkan oleh Cikgu Anys. Selama hampir 4 bulan, ini baru kali kedua saya post cerita sejak entri pengenalan diri diterbitkan. Nampak sangat tak tahap kemalasannya dan kesibukkannya itu. Hehe..ini pun curi-curi masa sambil menghayun buai baby Fasihah. Si Kakak Fathiah pula sedang melayan Disney Junior. Kasihan dah 3 Minggu tak hadir ke Tadika Nuri, Damansara Aliff, Johor Bahru, Johor. Sebab apa? Nanti saya cerita ok. Sekarang FOKUS pada Bazaar yang saya join dulu.

Hari ini cuma nak share sedikit tentang Bazar Jualan yang saya sertai bersama Adik Erni Nazira dan rakannya yang mengendalikan Perniagaan Tudung dan Pakaian Kanak-kanak. Kalau nak jenguk-jenguk FB mereka pun boleh. Like page sekali eh, hamboih.. Macam-macam pulak eh. Hah..ni baru dikatakan bagi betis nak peha. He.. Page bisnes mereka adalah seperti berikut; #colorsofscarf http://www.facebook.com/colorsofscarf dan #colorsofkids http://www.facebok.com/colorsofkids. Like dan share page mereka ye. Ehem..ehem.. Takde upah promo ke weii.. Haha.

Sejak March'2014 sampai sekarang saya dah join 3 Bazaar, yang pertama Charity Bazaar Dataran Bandaraya JB sambil berniaga sambil beramal. Makin banyak kita sedekah, makin banyak kita dapat semula, In shaa Allah. Kedua Booth sempena Hari Konvokesyen Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kempas Johor. Dan yang sedang berlangsung sekarang bermula hari ini 25 April hingga 27 April 2014 adalah Alamak Bazaar. Jom ramai-ramai memeriahkan Dataran Bandaraya JB.

mama Erni sedang sibuk melayan pelanggan

antara barang jualan di bazaar

pelbagai jenis tudung, aksesori dan produk penjagaan diri
 dari colorsofscarf & fbo

sabun al razi, iris item, dianz vitamin & floral mask

booth colorsofscarf

Selepas beberapa booth kitorang join, akan datang ada lagi beberapa booth yang kami bakal masuk. semoga urusan dipermudahkan. Bukan hasil jualan dari segi RM kami cari, tapi agar semua pelanggan dan bakal pelanggan tahu kesungguhan kami dalam berbisnes. In shaa Allah, rezeki Allah itu luas.

Follow me:-
IG farabeauty_official
FB Fara Riza
Like my Fan Page
Fara Beauty

Baik Pulih Kewangan Anda



Repost:26 April 2014, Sat

Baikpulih Kewangan Bisnes, melalui Kelas akaun online / offline

Sumber:
http://kuazue.blogspot.com/2014/04/krat-seni-jahitan-sulaman-ulasan-kelas.html

Kenapa pula cik azue mengikuti kelas ini ya? Bukan kerana cik azue tidak tahu langsung
tentang asas urus akaun, cuma nya, cik azue ni bukan lah pelajar jurusan akauntan.
Jadi segala asas dulu adalah berdasarkan pengalaman kerja dengan orang dahulu.
Jadi walau pun tahu, tidak salah kalau cik azue ingin mengambil tahu lagi kan.
Dan tersangatlah mengejutnya, bila mana ada benda yang selama ini cik azue
ingat betul, rupa-rupanya salah konsep. Wakakakaka! Mari gelak kan diri sendiri.
Anda semua jangan gelak tau, nanti cik azue sentap. Hahahaha. Alhamdulillah,
Allah gerakan hati ini untuk berusaha juga mengikuti kelas tersebut walau pada
mulanya Chenta hati cik azue pernah berkata, "bukankah awak sudah tahu kan..."

Ok, apa yang cik azue belajar dalam kelas ini?

Pertama, beberapa hari sebelum kelas, cik azue dan rakan-rakan sekelas akan
dimasukkan ke dalam satu "group" di FB dibawah seliaan satu guru online tetap
(Puan Aishah Hussein) akademi bekerja di rumah (ADBR),  dan jumlah pelajar dalam
satu kelas adalah lima orang sahaja. Ini kelas cik azue ya, kelas orang lain, ada
empat orang, ada lima orang macam kelas cik azue juga. Kemudian, masing-masing
kami diberikan bahan bacaan melalui email sebelum kelas bermula. Maksudnya, kena
baca dan kaji dulu alat bantu belajar tersebut.

Kedua, hari kelas. Bila disebut sebagai online kelas, bagi kelas akaun ini, setiap
pelajar dan guru akan berada dalam talian pada masa yang sama melalui "group"
yang ditubuhkan terdahulu. Di hari ini barulah kami diperkenalkan dengan guru kelas akaun kami, 
iaitu Puan Khadijah Abdullah.

Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses
Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah
a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa
besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan
selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan
menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Dan kerana itu juga, terus petangnya cik azue beli ini:-


Satu untuk abang hazim, satu untuk adik hazim, satu untuk duit belanja dapur
(duit sara keluarga chenta beri) dan satu untuk perniagaan cik azue. Habis
budak-budak ni pun diseret sama belajar mengurus kewangan masing-masing.
Membiasakan diri mereka sedari kecil, gitu.

e) Setiap hujung minggu (kalau boleh setiap hari) perbelanjaan ini dipindahkan
ke dalam buku simpan kira-kira sebagai simpanan rekod bagi tujuan semakan.



Kesimpulan bab 2 adalah; Buku Simpan Kira-kira adalah bertujuan bagi merekod
setiap transaksi yang dilakukan secara harian dan tetap dan setiap transaksi
 walau pun satu sen pun perlu direkodkan juga secara tetap ke dalam buku simpan
kira-kira tersebut.

Akhir bulan boleh la kita semak berapa perbelanjaan yang sedar dan tidak sedar
yang telah dan sudah kita lakukan, perlu, kehendak atau pembaziran.

*psssssst, di sini cik azue masih selamat, masih dalam garis panduan*

Bab 3 - Modal

Modal adalah sejumlah peruntukan WANG bagi memulakan satu PERNIAGAAN.
Wang PERNIGAAN jangan dicampur dengan wang PERIBADI dan jangan
guna duit PERIBADI untuk perbelanjaanPERNIAGAAN.
Nak selamat, daftarkan perniagaan dan buat akaun perniagaan. Apa-apa berkaitan
dengan perniagaan, guna wang hanya dari akaun perniagaan sahaja.

*psssssst, di sini cik azue sedikit silap. Oh tidak!*



Teropong-teropong diri, itu dia, sudah tersasar sedikit cik azue kawan-kawan,
walau pun sedikit sahaja, namun, melalui perbincangan dengan guru, boleh beri impak besar jika tidak 
di kawal. Nak tahu?
Dalam kes cik azue, bukan duit perniagaan guna untuk diri sendiri, tetapi duit
sendiri guna untuk perniagaan, bukan apa, konon-konon bagi jadi modal, sudahnya,
 MODAL yang asal berjumlah sedemikian menjadi sedemikian besar pula akhirnya.
Sudah, padan la asik tidak boleh untung (maaf bekas bos, saya pinjam tagline anda disini ya)

Bab 4 - Dokumen wajib dalam suatu perniagaan
a) Sebut harga (Qoutation)
b) Invoice
c) Resit
d) Penyata Bank
e) Baucer Bayaran

*psssssst, di sini cik azue alhamdulillah, semua ada.*




Bab 5 -  Pricing and Costing

Kalau nak tahu harga jual, kena tahu harga costing dulu. Dah tahu harga costing baru
boleh tahu harga jual.
Dan harga costing pula mesti mengambil kira semua aspek air, api, internet, petrol,
admin dan sebagainya, baru kemudian kita buat pricing atau harga jualan.
Dan disini juga, perlu tahu apa langkah-langkah terbaik bagi mengurangkan KOS dan
menambah KEUNTUNGAN

Bab 6 -  Belanjawan / Bajet

"Bajet adalah satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangai wang yang anda miliki 

dengan wang yang anda belanjakan."

"Pelan Kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan."

"Pendapatan pula adalah wang yang masuk dalam poket anda dan perbelanjaan adalah
perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang."

Ok. Dah habis ulasan cik azue. Sebenarnya bukan 6 Bab, tapi cik azue kecilkan
mengikut pemahaman cik azue jadi 6 bab, mudah otak tua cik azue nak hadam.

Suka tak bila dah baca ni? Teruja tak nak belajar sama agar kita boleh kawal
ketirisan akaun kita, tak kisah la akaun sendiri atau pun perniagaan?
Banyak yang kita boleh dapat sebenarnya dalam tempoh 3 jam ni bagi yang baru
nak berkenalan dengan asas urus akaun ni. Tapi buat yang sudah master, jangan la,
nanti tidak memenuhi KPI anda pula. Ini kelas ASAS ya.

Bagi yang mencari-cari solusi bagaimana nak urus akaun kalian, Akademi ada
menawarkan kelas akaun ni secara online dan terbaru, ada juga offline. Hubungi
cik azue ya, pada yang berminat nak tambah ilmu akaun ni macam cik azue.
Nanti boleh buat ulasan sama-sama, kita semak mana yang kita silap dan betul
dan mana yang harus kita lebih baiki.

Oh sudah panjang entri ini. Di harap yang merindui kemunculan entri terbaru
cik azue, dapat manfaat dari perkongsian hari ini.
Akhir kalam, semoga anda dan kita semua dalam peliharaan Ilahi selalu hendaknya.
Terima kasih berkunjung ke sini dan

Wasalam

**************************************************************************************************************
Bagi yang mahu sertai kelas ini secara online, kelas akaun asas - kelas akan
diadakan Pada Bulan Mei, 5/5/2014 (9.30-12.30 t/h - 3 jam)
Bagi yang mahu lebih padat, boleh sertai kelas secara offline, bengkel sehari
pada 10/5/2014. Baikpulih semula pengurusan akaun bisnes. Bengkel ini
sangat-sangat sesuai untuk usahawan online atau offline. Insya Allah bermanfaat.

Kelas akaun offline
Yuran RM220
tarikh: 10.5.2014
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa-9pg -5ptg
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Pendaftaran terus melalui saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wtsapp : 017-7912993
Pendaftaran bengkel akaun offline masih dibuka, 

tarikh tutup penyertaan 29/04/14.

Thursday, 9 January 2014

Entry Pengenalan Diri & Manfaat yang Bakal Diperolehi Dari Blog Ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum pembuka bicara,
Pagi nan indah terang bercahaya,
Marilah semua mengenali diri saya,
Wanita biasa gigih untuk BERJAYA.

Terlebih dahulu, dipanjatkan kesyukuran yang tiada terhingga ke hadrat Illahi, diatas segala limpah dan kurnianya, saya masih lagi mampu untuk bernafas, menghirup udara segar, mendengar suara tangisan anak-anak kecil, melihat mereka membesar, membelai mereka dengan kedua belah tangan sendiri, memenuhi keperluan mereka selagi hayat dikandung badan. Alhamdulillah.

Saya hanyalah seorang wanita biasa sama juga seperti anda, namun di dalam hati saya terlalu berkobar-kobar untuk keluar dari kepompong yang ada. Keluar dari kehidupan yang biasa. Ingin mencipta dan mencapai kejayaan, kegemilangan kehidupan. Bermakna, sempurna untuk bekalan akhirat hendaknya. In shaa Allah.

Saya anak sulung dari 7 adik beradik. Tanggungjawab juga besar, membantu keluarga. Terima kasih kepada Ayahanda Abd Rahman Mohamed dan Bonda tercinta Kamsiah Dolmat kerana menjaga dan membesarkan saya seadanya. Saya berterima kasih juga kepada adinda Suzilyana, kerana ketiadaan saya sepanjang menuntut ilmu di menara gading, dia yang mengambil alih tugas di rumah. Malah sanggup menguburkan niat untuk sambung pelajaran dek kerana ingin membantu keluarga dan melihat saya berjaya. Terima kasih yang tidak terhingga.

Dari alam Universiti, di dalam fikiran telah tertanam, kalau berjaya sekalipun, belum tentu hidup senang, hidup mewah. Dari situ saya berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Mencari duit poket. Dengan harapan dapat meringankan beban keluarga. Sedikit sebanyak dapat juga membantu. Saya terlibat di dalam bisnes MLM. Dari dulu dan sehingga kini masih ramai yang benci dan lari lintang pukang jika dengar MLM, betul?

Kenapa? Sebab, mereka yang tidak terlibat sebenarnya tidak faham konsep bisnes itu sendiri. Bukan kerana mereka membenci, mungkin juga mereka mempunyai pengalaman pahit di dalam MLM, tidak boleh salahkan mereka jika berfikiran negatif. Walau ramai yang benci bisnes sebegitu, saya tetap menjalankan bisnes saya. Perkara ini berlarutan sehingga menempuh alam pekerjaan. Usah di tanya entah berapa banyak bisnes yang telah saya sertai. Tidak terkira. Dari A - Z. Semua sudah saya cuba, namun rezeki tidak memihak kepada saya. Wang ringgit usah cerita, banyak yang lebur dan terkubur, namun apa yang paling penting saya perolehi sepanjang tempoh itu, adalah pengalaman. Pengalaman yang mengajar saya erti kematangan. Dan saya boleh kenal potensi diri sendiri. Malangnya, saya tidak FOKUS. Itu masalah saya.

Saya perlu akur kesilapan besar itu. Dan disebabkan itu jugalah sehingga kini sudah berumah tangga saya masih lagi mencari peluang bisnes yang boleh saya ceburi, tetapi kini matlamat sedikit berbeza. Kalau dulu, membantu keluarga saya sendiri, tetapi kini lebih untuk meringankan beban suami dan yang paling penting niat untuk berhenti kerja dalam masa 2-3 tahun akan datang. Ingin membesarkan zuriat dengan tangan sendiri, In shaa ALLAH. Kalau diizinkan ALLAH lebih cepat, Alhamdulillah.

Alam pekerjaan ditempuh dengan pelbagai kerenah manusia dan persekitaran. Terkadang terfikir juga Sampai bila? Masih di takuk lama, masa, gaji dan segalanya ditentukan orang atasan. Memiliki segulung Ijazah tidak menjamin gaji dan pangkat yang ditawarkan berbaloi dengan usaha selama ini. Bebanan kerja semakin meningkat tiada kesudahan, isu halal dan haram bagai tiada noktahnya, politik di tempat kerja tiada penghujungnya.

Bukan mudah untuk mencapai ke tahap seperti sekarang. Pelbagai dugaan perlu diharungi, terima kasih buat majikan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas ini serta menawarkan gaji dan pangkat yang sememangnya cukup selesa buat masa sekarang. Tetapi, di dalam hati tidak pernah terpadam niat untuk meletakkan jawatan satu hari nanti.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, sedang saya melayari Laman Muka Buku, mata saya tertarik membaca satu pernyataan, "kelas online, asas penulisan blog, dan fan page. Terdetik di dalam hati saya, ini juga satu peluang. Tanpa perlu menghadiri kelas secara fizikal saya juga mampu untuk belajar di samping menjalankan bisnes. Selain daripada menjana pendapatan, saya juga boleh merangka aktiviti perniagaan untuk masa akan datang. Hebat! Perkataan yang terpacul dari mulut saya. Alhamdulillah masih ada ruang dan peluang melalui insan yang sudi membantu. Saban hari saya menjadi "silent reader" entri Puan Anys Zakaria. Sehinggalah pada satu hari di dalam tempoh berpantang, saya memberanikan diri untuk menghubungi beliau melalui ruangan mesej di dalam FB. Mulai perbualan kami dari situlah titik tolak, saya berminat dengan blog.

Harapan saya, semoga impian saya tercapai, menjana pendapatan di samping mendapat keredhaan Allah S.W.T hendaknya dan saya boleh berhenti kerja secepat mungkin. Jutaan terima kasih buat buah hati tersayang, Razi Tamin kerana memberi izin untuk saya berbisnes, berkongsi info dan rasa melalui blog. Buat anak-anak permata hati, "doakan ibu sayang". Tidak lupa buat Pengasas Puan Masayu Ahmad, kerana mewujudkan peluang sebegini. Terima kasih. Buat pendidik saya, Puan Anys Zakaria, terima kasih kerana memperkenalkan blog kepada saya sehingga saya jatuh cinta untuk terus menulis. Cuma, jangan serik ya mengajar saya. Sayang anda semua. Doa saya tetap mengiringi anda semua. Amin.