Tuesday 10 December 2019

SHORT VACAY PULAI SPRINGS RESORT, JOHOR

Sekian lama tak bercuti ke mana mana, musim cuti sekolah ni lah kita ambil peluang. Kesian anak anak tak dibawa berjalan jalan, ada duit sedikit, kita manfaat kan sehabis baik. Takpelah tidak ke tempat yang jauh, Asalkan anak anak happy. 💓

Pulai Springs Resort, kami ambil 2 hari 1 malam sahaja. 
Book thru Trivago dan keluarlah harga yang mampu bagi kami di Agoda web.
Total Rm206.65.
Kalau ada orang book lagi murah rezeki doranglah, 
kami tak berapa reti booking online. Jadilah dari takde. 😊


Perjalanan dari luar ke dalam agak jauh jugak. Kami sampai ngam ngam pun jam 3pm. Sebenarnya lokasi percutian tak jauh dari rumah. Disebabkan anak anak nak mandi kolam jadi kami decide untuk stay.


Kemain eksaited anak anak sekalian alam. Bag nanti kami punggah. Yang penting check in first. Rata rata staff oversea. Nepal ada, Pakistan ada, Bangla pun ada. Merasa la macam duk di oversea. 😂


Tak lama lagi kan Krismas, tu yang deko ala ala sambutan krismas. Kami tumpang gambar je. Nice deco.


Bilik yang tak boleh blah gambar lupa nak snap. Ada 2,3 keping je selambak atas katil. Jadilah dari takde. Nak tengok studio suite boleh tengok kat gugel. Bersepah. Hehe.

Dalam kepala otak ni letak barang, terus turun. Jangan buang masa. Sebab anak anak dah tak sabar nak berendam. Aku? Taklah. Jadi photographer, penjaga barang bolehlah. 



Sekitar swimming pool yang ada di resort ni. Agak besar. Ada baby pool, ada kids pool, ada adult pool. Dan yang seronok, ada slide. Bolehlah si Hadif bermain puas puas walau seluar tersekat sekat di slide. Tak padan baru baik dari sunat. Seronok kemain dia.

  
Meninjau ninjau dulu kawasan mana nak berendam. Biasalah dapat 2 helai towel. Sebab bilik ni aku booking untuk 2 adults kan. Sekali datang berjemaah. 


Ala ala bar counter kan, bolehla minum minum konon kat tepi pool. Verangan jela hikhik. Tak dalam sangat pool yang ni. Bagi kids agak tinggi la.



Belakang Hadif duduk tadi pool ni sesuai la untuk anak anak kecil. Air paras paras betis je rasanya tu. Happy si kenit tu, main air.


Ekceli ni gambar area nak ke Sports & Spa tu, so pool yang banyak tu kena menapak la sikit dari building bilik. Kira exercise sikitla kan. Tengok budak budak tu macam faham je nak baca map. Kihkih.



Basikal ni boleh disewa, RM31.80 untuk 40minutes. Ada Harley Bike RM45 untuk 20 minutes. Kalau tak silap. Basikal individu pula RM10.60 sejam.
Boleh la kalau nak meronda kawasan yang dilitupi hutan ni. 


Banyak ikan wo.. dilarang memberi makan. Jangan menggatal nak bagi makan walaupun korang jenis pemurah ok. Sia sia je kena warning nanti. Ha ni pun pool area la. Fasiliti bagi aku cukup lengkap la. Ada Tee Tee Club untuk kids jugak. Berbayar la. RM10.60 sejam per kid.

Esok hari, 09/12/2019

Breakfast time, awal kitorang bersiap. Kids Fathiah dan Hadif kami bayar. RM18.55 seorang. Yang lain tak kira. Takpela. Bukan selalu. Tapi macam membazir sebab dorang bukannya makan sgt pun. Ambil koko krunch tak habis, sebab susu tak sedap. Ambil nasi lemak tak habis sebab nasi masin. 

Tekak budak budak kan. Macam macam ragam lah. Aku layankan jelah. Tapi semuanya behave elok je anak anak ni. Syukur senang diurus. Pandai jaga diri. Ewah! Terpuji pulak. Haha.

Diluar restoran,


Restoran ni berdekatan dengan satu lagi pool, so first day main di Sports Complex, 2nd day main air di area building sahaja.


Fathiah dan Hadif sebaya, 9 tahun. Memang agak rapat. Dah sepupu kan.


Sebelum keluar dari Cinta Terrace tu, snap sekeping beca zaman dulu kala. Susah nak tengok kamera dorang ni. Kejap ok kejap tak. Biasalah. 

Dah sarapan, terus ke Tee Tee Club,


Seronok la dorang, kan? Panjat jangan tak panjat. Masa ni sebelah pagi. Lepas sarapan terus datang sini. Guna free voucher dapatlah masa 20 minit memeriahkan suasana. 



Dah seronok main sampai berpeluh peluh budak budak tu, balik bilik ambil boya, tukar baju untuk berendam pula.

Sampai sini sahaja dulu, banyak lagi gambar akan diupload next post.

Salam Sayang,
KakFar 💓






No comments:

Post a Comment