Sunday, 14 December 2014

Sabtu dan Ahad yang penuh dengan ILMU. WOW!

As salam dan selamat petang.

Dari semalam, memang sibuk dengan Kelas Seminar Pemasaran Online.

Tapi, semakin belajar semakin seronok. Semakin banyak ILMU pemasaran yang kadang-kadang diri sendiri tak perasan, SIMPLE but neglected in REAL LIFE.

Semoga Tuan Yon Sukur, Tuan Malek dipanjangkan umur dan dilebihkan rezeki. Aamiin.


Ni macam dorang la, Fara kena kejar nak dapatkan ILMU. he.

Salam sayang,
Fara
14 Dec 2014



Thursday, 11 December 2014

Kasut tak dapat, Org Belanja Makan

As salam. Selamat malam semua.
Hari ini Khamis, Fara,suami,buah hati Fathiah dan Fasihah juga Bonda ingin keluar ke Jusco Bukit Indah. Tujuan? Mencari dan hendak membeli kasut untuk Majlis Makan Malam 20 Dec 14 nanti.

Perjalanan dimulakan dengan Bismillah. Namun sampai di Bukit Indah, kereta terhenjut-henjut macam kehabisan minyak. Tengok-tengok signal 'engine oil pump' menyala. Hati dah tak sedap. Jangan mati di tengah jalan sudah. Tak lama lepas itu terus mati betul-betul di lampu isyarat berhadapan dengan Jusco Bukit Indah. Ya Allah! Apa lagi orang pun mula hon sebab kereta kami tak bergerak apabila lampu dah bertukar hijau. Razi tekan double signal. Hubungi Baba segera. Tak lama lepas itu, kereta mula bergerak perlahan. Alhamdulillah. Di dalam hati banyak berdoa supaya sampai didestinasi.

Setelah hampir setengah jam. Kami sampai di pengkalan nelayan Tampoi. Alhamdulillah. Mujur lokasi berhampiran dengan kedai makan. Apa lagi, dah alang-alang. Baik pesan makanan. Ye tak? Hujan-hujan macam ini memang tomyam jadi pilihan. Makanan dan minuman sudah sampai. Terus la aku tuang kuah tomyam dalam pinggan tanpa merasa. Tuangan yang terakhir aku rasa sesudu. Alamak pedasnya. Hampir tersedak. Aduh.. Nasib baik cik abang ambil pinggan aku. Terima kasih sayang. He..

Sebelum makan terjumpa dengan Mak Busu dan Pak Busu. Sebenarnya aku tak pernah kenal mereka. He. Tapi alangkah baiknya hati mereka bayar harga makanan kami. Alhamdulillah. Rezeki Allah.

Sambil makan tonton Piala Suzuki Malaysia menentang Vietnam. Keputusan akhir 4 berbalas 2. Yahoo! Malaysia menang. Harimau Malaya memang juara dihati kami.

Sesudah makan, jom bergambar. Nak tengok?


Baba iaitu bapa mertuaku bersama Cucu tersayang


Bonda Kamsiah emak ku 


Tengok bibir aku. Merah kan? Sweet Pink dari Avon. Ikut warna darah. Tak sangka lip gloss Rm5 menjadikan bibirku merah terlampau.
Ni gambar selepas makan tau.



Hai! Saya Fasihah tau. Comel tak saya? He.


saya comel macam Ibu saya kan? he.


Fathiah bukan main suka jalan-jalan. Tahu tak sampai sekarang, Jam sudah 23:50 dia masih main. Tak tidur lagi. Anak oh anak.

Sekian dulu ye awak-awak semua. 
kalau rindu tunggu post akan datang ye! 

Salam sayang,
Fara
11 Dec 2014

Tuesday, 9 December 2014

U fun U token & Kepatuhan Syariah

Penegasan Berkaitan Patuh Syariah dalam UFUN..

PANDUAN: 

Selagi Bisnes itu tidak melibatkan perkara2 ATAU unsur BERIKUT:

1. Gharar (Tidak Pasti ) iaitu Jual beli yang tiada transaksi .. seperti jual barang/produk yang tidak nampak, tidak diketahui nilai secara umum, barang belum wujud, transaksi yg tidak diketahui manfaatnya bila diperoleh. Di UFUN transaksi berlaku setelah pendaftaran dibuat. Dan direkodkan.. Walaupun jualbeli utoken secara online bukan fizikal tapi jelas ia bermanfaat utk digunakan dalam urusniaga jualbeli menerusi UBTMALL. Urusan secara online sah sepertimana bayar zakat online yg telah dipraktikkan di M'sia.

2. Riba'(bunga/interest) Iaitu melibatkan 2 perkara.

i) Barangan Ribawi yakni melibatkan pertukaran emas dengan emas, perak dengan perak .

ii) Keuntungan yang dijanjikan tetap dan tempoh yang tetap. CONTOH1: 2% drp Modal pokok. Setiap hari selama 60 hari.. CONTOH2: 10% selama 10 bulan termasuk pokok.
  
Di UFUN keuntungan diperoleh ahli tidak tetap. Jika hendak untung lebih jual pada kadar harga tinggi. Jangka Masa tidak tetap dan persen(%) pun tidak tetap dan persen(%)bukan dikira atas modal pokok. Akan tetapi keuntungan yang diberi bersandarkan keuntungan syarikat yang dibahagikan kepada semua mengikut kelayakan. Contoh reward yang diberi menerusi gandaan utoken tidak tetap tempoh waktu.. Berapa jumlah gandaan tidak diketahui..

3. Maisir(Perjudian) Ia lebih kepada untung nasib atau tilik.

i) Seperti perniagaan yang jelas terlibat dengan pusat perjudian..

ii) Pelaburan atau perniagaan yang membuat taruhan wang lebih daripada 2 orang. Di mana pemenang akan untung.. dan yang kalah perlu membayar kepada Pemenang. Di mana risiko rugi lebih tinggi di pihak ramai.

Di UFUN jelas tiada urusniaga yang melibatkan perjudian. UFUN terlibat dlm projek JOIN VENTURE (Mudharabah) yang tidak bercanggah Syarak. Dan keuntungan projek dibahagi mengikut persent % yang dipersetujui GTI diberikan berdasarkan Mudharabah 1%/2%/3% iaitu pembahagian daripada keuntungan syarikat kepada yang layak. Di UFUN risiko untuk rugi sangat rendah di kalangan ahli.

MAKA dalam UFUN ditegaskan tiada unsur2 yang dilihat diteliti tidak patuh syarie. Maka hukum berurusniaga di UFUN tersebut dikira harus... (tidak menyalahi Syarak)
  


Sekian.


Apa Itu U Token?

Tiru dan tampal;

Tuan Mohd Yusri
http://www.utokeninfo.blogspot.com





Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Kepada Para Pembaca Yang Budiman. Artikel Ini Ditulis Dengan Tujuan Untuk Memastikan Kefahaman Yang JELAS Berkenaan UTOKEN. 

Melihat Kepada Situasi Dan Keadaan Dagangan Yang Semakin "Melonjak" , Saya Tertarik Untuk Menulis Artikel Ini Agar Lebih Banyak Salah Tanggapan Tentang UTOKEN Dapat Diperbetulkan.Jangan Kerana Tertarik Dengan GANJARAN Semata mata,Kita Menyampaikan Sesuatu Tanpa USUL PERIKSA Terlebih Dahulu. Belajar Dan Faham Tentang Apa Yang Bakal Anda "Hadapi" Sebelum Anda Memutuskan Untuk Mengambil Sesuatu Peluang.

"Learn First...Then You'll Be Rich !" 

"Belajar Dahulu...Barulah Anda Akan Menggapai KEKAYAAN". 
Soalan Yang Biasa Saya Terima Sepanjang Saya "Mempromosikan CLUB MEMBERSHIP" Kepada Prospek Yang Saya Temui Antaranya Berbunyi Begini :

Amenda UTOKEN Tu ?...Token Judi ke apa?.
Ni Skim Cepat Kaya ke?.
Ni Pelaburan ke?.
Ni Ade kene ngene ngan Bank Negara Ke?.
Ni Multi Level Marketing ke?.
Ni trading saham ke?.
Ni cam saham ekuiti kan?
Ni cam ASB kan?


Dan macam-macam lagi soalan dan "kenyataan" dengan tanggapan yang SALAH mengenai UTOKEN ni....pening dan penat nak menjawab dan "mencerahkan" fahaman orang ni....

Yang Pertama :

Apa Itu UTOKEN ?

UTOKEN adalah DIGITAL TOKEN yang diterbitkan (Issued By) UTOKEN RESERVE LTD. Ramai diantara "agen" melakukan "penyampaian" yang "TIDAK TEPAT". Untuk pengetahuan anda, 

UTOKEN....

BUKAN MATAWANG.
BUKAN "CRYPTO-CURRENCY".
BUKAN "EQUITY UNIT".
BUKAN PENGGANTI MATAWANG SEDIA ADA.


UTOKEN adalah "DIGITAL TOKEN" yang diterbitkan untuk kegunaan/kemudahan "online and offline marketing needs". UTOKEN juga adalah "bartertrade medium" atau dalam ertikata yang lebih mudah difahami,UTOKEN adalah perantaraan (medium) yang punya NILAI dalam TUKARAN BARTER.

UTOKEN juga adalah "DIGITAL TOKEN PERTAMA DIDUNIA yang MEMPUNYAI NILAI" yang disandarkan kepada MATAWANG dalam bentuk RIZAB MATAWANG (currency reserve value) di BANK. Ini yang membezakan UTOKEN dengan lain-lain "Online tokens @ coins" yang sedia ada. Kerana setiap UNIT UTOKEN yang "diterbitkan" ke "pasaran" punya nilai RIZAB dan nilai PASARAN yang bergantung kepada sentimen "permintaan" dan "penawaran" terhadap UTOKEN yang berlaku 24jam sehari, diserata DUNIA. Rizab bagi UTOKEN juga di"pantau" dan di"selia" (regulate) oleh 3 Bank (B.D.G,UDBP,NICO BANK) yang telah diamanahkan oleh syarikat untuk memastikan:

SETIAP UNIT UTOKEN yang anda miliki TIDAK TERJEJAS diakibatkan oleh SPEKULASI atau MANIPULASI pasaran yang melampau @ "heavy speculation" (samada pada masakini @ masa akan datang.

SETIAP UNIT UTOKEN punya NILAI yang KUKUH dalam pasaran "online" www.ubtmall.com @ "offline".








Untuk memastikan kegunaan dan nilai setiap UNIT UTOKEN mampu MENEPATI garis panduan yang telah disediakan oleh Institusi-institusi kewangan didunia. Ini juga diantara sebab utama kenapa UTOKEN RESERVED LTD menggunakan GARIS PANDUAN BASEL yang telah diterbitkan oleh BCBS (Basel Comittee On Banking Supervision).Untuk MEMASTIKAN LAMBAKAN UTOKEN kedalam PASARAN tidak terjejas dan terus meningkat pada masa akan datang.UTOKEN RESERVE LTD Juga 100% Diinsurankan Oleh "GRADE A INSURANCE PROVIDER". 3 BUAH BANK yang Terlibat Sebagai "PEMEGANG RIZAB" Adalah Bank De Guinea (South Africa), United Development Bank of Pacific Ltd(Thailand) dan NICO Bank (Russia). 

UTOKEN JUGA BUKAN "CRYPTOCURRENCY"

Kenapa ?..Untuk memberikan "pencerahan" yang lebih jelas adalah lebih baik rasanya saya kita memahami dahulu : 

APA ITU "CRYPTOCURRENCY"?. 

Cryptocurrency is a medium of exchange designed around securely exchanging information which is a process made possible by certain principles of cryptography. The first cryptocurrency to be created was Bitcoin in 2009. Since then, numerous cryptocurrencies have been created.

Seperti yang anda ketahui,CryptoCurrency seperti contoh :

BITCOINS,Nxt,LITECoin,DarkCoin,PeerCoin,Ripple,NameCoin,MasterCoin,Copperlark,Isracoin,Bitbar dan lain-lain (secara keseluruhan hingga artikel ini ditulis, ada 366 jenis CryptoCurrency yang sedang didagangkan). Anda boleh melayari laman webhttps://www.coinmarketcap.com untuk melihat dengan lebih jelas jenis-jenis CryptoCurrency yang didagangkan. 

Kesemua jenis CC (cryptocurrency) yang didagangkan ini TIDAK mempunyai RIZAB DALAM BENTUK TUNAI/FIZIKAL. Bersifat DECENTRALIZED. Tiada Kawalan @ Pantauan @ Seliaan Dari MANA-MANA INSTITUSI PERBANKAN.100% TERHASIL dari KEMAHIRAN "CryptoGraphy" (kemahiran menggunakan/menulis "CODING").100% bergantung kepada spekulasi dan boleh dimanipulasi oleh mereka yang mahir dalam bidang "PENGATURCARAAN KOD".TIDAK Punya RIZAB Dimana-mana Institusi Kewangan Mahupun Perbankan.DIDAGANGKAN TANPA GARIS PANDUAN yang DITETAPKAN oleh mana-mana Institusi Kewangan.(menggunakan garis panduan ciptaan sendiri).Berbeza dengan UTOKEN....

jika berminat, boleh join group whatsapp kami
0111 0758491

Salam Sayang,
Fara 
09 Dec 2014

Monday, 8 December 2014

Happy Selasa!

As salam. 

Selamat pagi. Hari Selasa yang selesa. Diharap semua pun berada dalam keadaan baik. Eceh.. Macam isi surat kan. Sudah lama tak menulis surat. Ginilah jadinya.

Opps. Cuma nak bagitahu, jangan terlalu selesa dengan kehidupan jika ekonomi rumahtangga berada dalam keadaan gawat. Ewah. Cuma nak mengingatkan. 

Sebenarnya, Fara nak kenalkan dengan satu program Gandakan Wang Simpanan. Ada sesiapa disini yang berminat?

Fara akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam Post yang berikut ya.

Renung-renungkan gambar di bawah,




Alasan sememangnya banyak, Tetapi jangan gunakannya.

Tunggu ya semua, kalau nak tahu lanjut tentang projek akan datang.

Salam Sayang,
Fara
09 Dec 2014

Sunday, 7 December 2014

Lazada 1st Time Beli

As salam. 

Hari Jumaat lepas Fara search Lazada website.
Lepas itu macam tergerak hati nak cuba membeli. Maklumlah tak pernah kan. 

Hasil tengok-tengok belek-belek gambar macam terbekenan. 


Deuter Tommy M midnight 
Harga Rm179 after less

Pilihan cik abang sayang ;)

Fara punye? tak screen shot pulak. Beg ala2 korean backpack.

Kenapa beli? Nak bawak ke Penang sempena Annual Dinner Office pada 20 Dec 2014.

Panduan hendak membeli bagi yang tidak tahu ya;

1. Create Account - masukkan Alamat email, hp no, shipping address & payment method

2. Browse item yang hendak dibeli

3. Klik pada item

4. Bacalah dulu stock available atau tak 

5. Baca jugak C.O.D available tak kalau nak C.O.D

6. Buy Now 

tak semua barang ade shipping charges
kalau ada pun Rm15.00 sahaja.

Simple sahaja kan?

Nanti awak-awak semua dapat order no.

Dapat SMS

Dapat Email utk tracking no.

Tunggu sahaja lah barang awak-awak semua sampai.

Cepat juga proses. Sebab Fara order Jumaat. Isnin pagi sudah dapat.


Lori dah hantar barang-barang Fara. 
Bayar bila barang sampai ok.

Mudahkan? Tunggu apa lagi, jom shopping.

Sekian dulu ye awak-awak semua. Jumpa lagi.

Salam Sayang, 
Fara
08 Dec 2014

Grand Festival 1.0 Stadium MBJB

As salam.

Salam Isya'. Harap Solat didahulukan ya. Peringatan buat semua.

Bandar JB memang penuh rahmat. Hujan sepanjang hari. Alhamdulillah.

Jumaat, Sabtu dan Ahad
05-07 Dec 14
Grand Festival Bazaar 1.0

Fara tak sertai Bazaar ini pun. Tapi Fara tetap menyokong mereka yang berniaga. Semua peniaga adalah dari latarbelakang yang berbeza. Tapi satu tujuan. Memperkenalkan produk mereka di pasaran offline. Kerana rata-rata mereka berbisnes melalui FB dan IG.

Tujuan Fara ke sini sebenarnya bukanlah nak bershopping sangat. Sekadar cuci mata. Selebihnya Fara datang kumpul Name Card peniaga. Nak buat database mailing list. Adalah dalam 40 kad nama dapat dikumpul.
Terima kasih buat mereka yang sudi memberi kad nama mereka.

Terserempak dengan artis fav NurKhiriah. Jom tengok gambar ini.

Kecil molek sahaja orangnya. Sekarang beliau aktif bisnes online. Jadi Follow ig beliau ya!


Jalan-jalan ternampak satu blouse 'korean made'. Cantik, tebal dan warna lembut. Hati dah suka. Bila pegang. Wah, kualiti tinggi ni. Macam rugi pulak kalau tak beli. Nasib baik Cik Abang Sayang tolong bayarkan. ;) Tak mahal pun. Rm100 sahaja dari cikayuclothing IG.

Baju tu macam sesuai je buat Dinner. Hik..hik.
Nak tengok? Nantilah ye. Surprise sikit. Tunggu 20 Dec 14 ya awak-awak semua.

Blouse itu Fara padankan dengan Skirt Flare Emerald Green berharga Rm35 sahaja. Macam cantik je. Macam comel je. Puji baju sendiri. Jangan marah.

Salam sayang,
Fara
07 Dec 2014

Saturday, 6 December 2014

Sekitar Seminar Pemasaran Email

Fara dah janji kan nak tunjuk gambar,

Sila jamu mata :)


Tuan Faisal Abdullah


Tuan Bukhari Ramli


Selepas majlis berakhir sempat lagi ok


Terima kasih atas ilmu yang diturunkan semalam.

Terima kasih sebab sudi terima Kalendar Custom made Fara.

Salam Sayang,
Fara 
07 Dec 2014


Salam Ahad Salam Hujung Minggu

As salam semua.

Ingat tak semalam Fara ada beritahu Fara hadiri seminar pemasaran email oleh Tuan Faisal Abdullah di Crystal Crown JB?

Ok. Fara nak belanja awak-awak semua gambar sekitar majlis itu berlangsung.

Opps. Tapi sebelum itu, Fara hendak memperkenalkan sedikit tentang speaker itu.

Tuan Faisal Abdullah pakar selama 7 tahun didalam menjana RM melalui EMAIL.

Mungkin bagi orang lain Email ni cara lapuk. Tetapi kalau ianya lapuk kenapa syarikat gergasi masih menggunakan Email sebagai medium penyampaian info dan membuat jualan berjuta-juta dari Email sahaja.

Dalam kelas ini, Fara belajar:

★cara hantar email yang buatkan orang percayakan anda (dan bukan dianggap spam) ★Rahsia 7 tahun pengalaman saya membina follower setia yang fanatik mengikuti anda dan produk anda
★Cara tulis email yang membuatkan orang nak membeli cara DOUBLE sales tanpa kos pemasaran
★Cara tulis email pertama kepada seseorang yang buat mereka ingat kita sampai bila-bila ★Cara buat orang excited utk mereka berikan email mereka pada kita
★Cara kumpul dan besarkan database email 300 orang setiap bulan... dan banyak lagi!

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun sedikit terlewat bermula.

Ada juga peserta dari luar Johor. Sungguh luarbiasa sambutan untuk Tuan Faisal Abdullah.

Kalaulah Fara boleh jadi Micro Selebrity dikalangan customer atau prospek Fara pun Alhamdulillah.

Ok. Jom tengok gambar-gambar kami.

Di dalam Next Post.

Salam Sayang,
Fara
07 Dec 2014




Friday, 5 December 2014

Salam Sabtu Salam Hujung Minggu!

As salam Semua.

Hari ini Fara akan menuntut ILMU dengan Tuan Faisal Abdullah mengenai Pemasaran Melalui Email.

Kalau berdasarkan Blog Tuan Akhi, apa yang bakal kami belajar adalah Hantu Raya " autoresponder".

Fara sudah ada akaun autoresponder sebenarnya. Tapi, akaun itu diuruskan oleh Tuan Haji Shaharuddin yang mengelolakan Projek A.N.T Tabungan Rm300k. Alhamdulillah. Tuan Haji banyak membantu didalam pengurusan email.

Tapi, untuk lebih faham dan lebih mendalam sebab itulah Fara ambil keputusan untuk hadir ke kelas Tuan Faisal Internet Marketer.
Kelas berbayar Rm50.00 sahaja. Bagi warga Johor yang berminat. Masih sempat lagi untuk hadir.

Walk In terus ya,
06 Dec 2014
9.30pagi
Level 4 Crystal Crown Hotel

Jangan lupa pengerasnya, Rm50.00 sahaja.

Nanti Fara akan update Gambar bersama Tuan Faisal. Itu pun kalau dia sudi. ;)

Salam Sayang,
Fara
06 Dec 2014


Tak Happy? Ada penawarnya. Bersyukurlah!

Dulu saya fikir, bila banyak duit… maka saya akan happy.

Tapi saya jauh tersasar.

Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang.

Kerana emosi kita menentukan tindakan kita.

Tindakan kita masa kita happy, tak sama tindakan kita masa kita murung.

Persoalannya? bagaimana nak happy?

Jawapannya… ada disebut dalam quran berkali-kali. Jawapannya, adalah dengan bersyukur.

Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang ada sekarang:

Kita syukur yang anda masih ada tangan (sedangkan ramai orang tiada tangan) Kita syukur yang anda melihat (sedangkan ramai orang buta) Kita syukur yang anda masih ada gaji (ada orang terus hilang punca rezeki)

Bila kita appreciate apa yang kita ada, kita akan lupa pada apa yang kita tiada.

Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu tiada ini. Sedangkan sebenarnya kita sudah ada banyak benda, yang kita tak sedari.

Lepas bersyukur, anda akan happy.

Dan bila sudah happy, tindakan anda akan berlipat kali ganda lebih mampat.

Dan bermula di situlah, duit akan datang dengan lebih cepat.

Mungkin sebab gaji anda naik bila bos lebih suka anda. Mungkin sebab bisnes anda makin kencang sebab lebih senyum pada customer.

Jangan pandang rendah pada ayat "Don't Worry, Be Happy!"

Salam Sayang,
Fara
06 Dec 2014

*copy paste Tuan Faisal Abdullah

Thursday, 4 December 2014

Gambar Terkini Kawan-kawan di Pejabat

As salam Semua.

Harap semua berada dalam keadaan baik. Ok, kalau mood tak baik tu lebih baik cepat-cepat ambil wudhu' ok. Buang sifat negatif itu. Bahaya kalau stress selalu. Senyum sikit. :)

Jom cuci mata dengan gambar terbaru kami. Jangan marah hah!



cuba awak semua teka yang mana satu Fara?

kalau betul boleh bagi hadiah ni. haha.. 

Jangan marah- marah. Senyum- senyum selalu.

Salam sayang,
Fara
05 Dec 14

Projek A.N.T Tabungan Rm300k

As salam semua.

Fara sedang sibuk menguruskan projek A.N.T tabungan Rm300k dalam masa 7-12 Bulan.

Alhamdulillah projek ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih-lebih lagi mereka yang menyertai ingin kehidupan BEBAS HUTANG tahun 2015.

Semakin hari semakin ramai penyertaan dari orang ramai. Dan disini Fara nampak memang ramai rakyat Malaysia yang sudah tak tahan menanggung hutang.

Ada tu yang sebulan perly membayar RM4000 hutang sahaja. Belum termasuk belanja yang lain. Agak-agak sebulan pendapatan beliau berapa ya?

Baiklah, bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut;

bole ke link berikut;-

daftar FREE sahaja;-

http://www.lubukrezeki.ws

Akademi Usahawan Cengreen akan membantu anda yang benar-benar serius sahaja!

Diulangi bagi yang serius sahaja!!!


Sebahagian mereka yang datang ke Seminar Bebas Hutang

Kalau awak orang yang kami cari, boleh whatsapp 0111 0758491 Fara.

Jangan lupa daftar di web bebas hutang itu ya. Kami bukan Ah Long kami hanya nak TOLONG. :)

Salam Sayang,
Fara
05 Dec 14