Wednesday, 21 May 2014

Cara Nak Pakai Floral Mask

Hai semua. Ada masa sedikit sebelum waktu rehat 1230pm.. saya nak share sikit cara pemakaian Floral Mask by Dianz.

1. Memula wapkan muka awak semua. Senang je. Ambil mangkuk berisi air panas. Suhu janganlah yang mendidih tu. Agak-agakla kepanasannya. Nanti tak tahan pulak. Lepas tu ambil tuala tutup bahagian kepala sambil muka menghala ke mangkuk tadi.

2. Wapkan selama 10 minit. Ini adalah untuk membuka pori atau liang roma supaya mudah white head dan black head keluar.

3. Lap muka dulu ok.. pasti segar kan? He..

4. Buka tube floral mask dan tuang pada hujung jari. Sapu rata-rata di bahagian yang bermasaalah. Elak bahagian mata, mulut, anak rambut. Nanti seksa pulak nak tarik. Jangan salahkan produk ok.. sendiri yang bersalah. 

5. Rileks sambil menikmati rancangan tv atau membaca buku. Rehat selama 20 minit.

6. Selepas rasa tegang dah boleh tanggalkan. Dengan cara menarik dari bawah membawa ke atas. Mudah sahaja. Tarik perlahan-lahan. 

7. Cuci muka dengan air suam. Atau lebih baik ambil ais tuam di muka. Untuk kecilkan pori yang terbuka tadi.



8. Dah siap. Mudah sahaja kan?

Selamat mencuba.

Promosi Floral Mask


PROMO BERMULA 21HB MEI 
SEHINGGA 04 JUNE 2014

1 TUBE 50ML
BOLEH GUNA SELAMA 2 BULAN

HARGA ASAL: RM45.90
HARGA JIMAT: RM39.90 SAHAJA
JIMAT SEBANYAK RM6.00

AMBIL 2 TUBE
HARGA ASAL: RM85.80
HARGA KASIH SAYANG: RM76.00
JIMAT SEBANYAK RM9.80

KALAU 3 TUBE
HARGA NORMAL: RM125.70
HARGA SUKA SUKI: RM110.00
JIMAT RM15.70


KEISTIMEWAAN FLORAL MASK:


 - Produk HALAL, keluaran bumiputera Muslim
- Satu2 nya serta yang pertama di Malaysia, masker (peel off) yang berwarna ungu dengan haruman lavender yang menyegar dan menenangkan.
- Kesan yang pantas, dalam hanya 30 minit kulit muka anda bebas bintik2 hitam/putih degil, selain merawat dan menyegarkan kulit.
- Boleh digunakan lelaki dan wanita, sewal usia 12 tahun
- 98% customer mengaku kehebatannya
- Mendapat lebih 200 testimoni pengguna
- FREE dari bahan kimia PARABEN
- Dibuat dengan bahan semulajadi

BERMINAT?
whatsapp:
0111 0758491






Info penting tentang Dianz Vitamin


1.     Vitamin C & E  berapa harga ? cara makan ?
RM80.00 SEMENANJUNG / RM85 SABAH SARAWAK TIDAK TERMASUK POS .  ambil satu biji selepas sarapan dan 1 biji sebelum tidur. Jika anda ada gastric makan 1 biji selepas sarapan sahaja.sebotol 60biji untuk sebulan  UNTUK ORDER boleh whatsapp 0111 0758491


2.     Vitamin C & E selamat ? halal ? dan ada pengesahan KKM?
Yea , pasti halal, product bumiputra dan di buat di kilang bertaraf GMP, dan di luluskan oleh kementerian kesihatan sebagai makanan tambahan 

sijil kelulusan kementerian kesihatan dian pixy ent


3. Vit C & E sebenar nya untuk apa?
: untuk memutihkan kulit,mengurangkan dan menghapuskan parut jerawat dan jeragat,menbantu pertumbuhan sel baru..

4.     kalau kita stop ambil vit C & E ni.adakah ada efek buruk ?n apa akan terjadi apa kulit kita?
:  kalau stop tidak akan beri kepada anda seperti jerawat atau jeragat .tetapi kulit yang putih dan bersih mungkin akan kembali kusam..sbb zat2 vitamin dalam badan telah berkurang..tnya knp perlu berhenti kepada diri anda.jika produk yg baik utk tubuh anda knp perlu berhenti ? Betul tak?

5.     Berapa lama untuk melihat kesan selepas
ambil vit C & E ni ?
:   Depend atas metabolisme masing2.ada yang cepat ada yang lambat. Paling cepat 3hari.paling lambat 3bulan. So jgn baru makan sebulan dah give up ye.. rugi tau. 



6. boleh campur makan vitamin lain jika makan vitamin C & E ?
jarak kan pengambilan selama 3-4 jam

7. Perlu ke pantang apa2 untuk ambil vitamin C & E ni ? seperti kafein,seafood?

 ya anda perlu elakkan kafien dan air karbonat utuk kesan yang lebih cepat tetapi anda bleh ambil seafood seperti biasa.vitamin ini mggunakan collagen ikan talapia. tidak meberi alahan kepada individu yang alahan seafood
  
8.     Vitamin C & E ni sesuai untuk semua peringkat umur ke?

·         Sesuai .sy syokan untuk wanita yang sudah balgih.. kalau belum baligh masih kanak2. Agak tidak sesuai.hormon pun masih muda remaja.. 16tahun dan ke atas.selalonya umur 40an da stat ada jeragat.stil blh makan.untuk pudar kan jeragat
  
9.     Vitamin C & E ni untuk muka je ke?
·      Vitamin C ni bertindak sama rata pada keseluruhan badan kita jgk. Vitamin c & e ini akn cair.dan akan salur melalui darah..mana mungkin darah pergi kt muka je kan ? Takkan muka kita je nak putih licin cantik berseri kan? Badan kita pun juga nak putih cantik berseri juga. Betol x?


10. vitamin C & E  ni mengemukkan tak ?

·         Hoho kalau ia mengemukkan .SAYA org pertama yang cabut lari dulu. Hehe ia tidak mengemukkan. 

11. mengandung dan menyusu boleh ambil ke vitamin C & E ni ?
: ye boleh utk ibu menyusu dan mengandung. Sbb sy sendiri mengadung sy makan dan sy n baby sihat tetapi jika anda ragu2..anda boleh bawa vitamin berjumpa doctor untuk kepastian.. keselamatan baby Adalah yang utama kan ?


12. Tengah berpantang boleh makan ke ?
: boleh tetapi pendpt sy tak galakkan.sbb anda makan bersama jamu yang panas..lada hitam.so habiskan pantang anda dulu..hanya 44 hari kan ? sabar la kejap .kelam kabut nak pergi mana ? hahaha,,

13. MENOPAUSE , adakah selamat untuk saya makan vit C & E ini ?

·          Iya, selamat dan disarankan untuk memakan vitamin ini kerana ia menstabilkan hormon bagi masalah yang di alami oleh sesetengah wanita yang tengah menopause.


14. Darah tinggi, kencing manis ,sakit jantung boleh ambil ?
Jika melibatkan ubat doctor..sila rujuk doctor anda telebih dahulu . 


15.    Waktu datang bulan (period) boleh makan vit c tak?

 : Datang bulan boleh ambil mcm biasa.tiada masalah


16. saya ambil pil perancang.. boleh ke ambil vitamin ni ? 
yea boleh :) 


top question ! kenapa muka sy naik jerawat ? perlu ke minum air masak / 
plain water yg byk jika ambil dian'z vitmain ?

ni ksilapan kefahaman sbrnya.. kalau anda tak ambek pe2 supplement pun 

mmang kena minum air yg byk.. kalau tak byk pun..smpai 3 liter.. mgkin 

1.5liter sudah memadai..sbb ble toksik tk leh kua.. jerwt naik.. wlpn anda pakai 
skin care terbaik di dunia..

sama dgn supplemnt.. ble makan supplemt.. ia akan try reduce semua toksik 


dlm badan.. tp ble air tkde.. nak keluar melalui pe ?so muka naik jerwt sikit2

time makan supplemt sblom mdpt kulit yang cantik. kesimpulan hehe.. bebel 

byk ni.. air pnting tak terlalu byk tkpe..mgkin tak larat 3 liter.. memadai satu

 botol besar yg 1.5 liter sehari

displin kena pnting.. jgn set your mind.. makan supplement / pakai skin care


 trus kulit cantik tp kalau anda sndri tkde displin 

Nak order boleh direct whatsapp:-
0111 0758491

Or pm inbox:-

Like my fanpage:-














Pelanggan di Pintu Gerbang UTM

Selamat petang semua. Baru ada kesempatan nak update cerita tentang satu pelanggan online saya.. 


Masih ingat lagi tak lokasi ini? Saya pernah update saya beli tudung di sini kan? 
Ok kali ni bukan saya yang beli tapi saya datang hantar barang..


Lip scrub Apple RM8
Body scrub Tomato RM18
Body scrub Mix Fruit RM18

Sebenarnya customer ni dah bank in duit. Tapi bila dia bagi details saya terus terfikir. Dari pos lebih baik jumpa di pintu gerbang tuh. Kebetulan itu jalan saya ke tempat kerja. Jimat duit pos laju. Ye tak? He.


Inilah pelanggan yang dikatakan itu. Tq sebab sudi ambil gambar dengan saya. Comel kan? 
Nak berkenalan? He.. Tq Norulsazyani♥♥♥

Ok sekian cerita kali ini.. nanti rajin-rajin baca lagi eh blog saya. (^-^)

Tuesday, 20 May 2014

Lunch Hour Mc Donald

Hari Rabu 21 Mei 2014

Hari Rabu yang sibuk. Sampai nak call order makanan pun tak sempat. Ha.. bayangkanlah wahai kawan-kawan semua. Jadi, langkah mudah.. pergi fast food restaurant yang berdekatan Mc Donalds.. walaupun tidaklah berapa kerap makan di sana.. tapi sekali sekala best jugak. 

Tak sampai 5 min dah sampai destinasi. Cuma tempat parking tiada. Jadi parkir di hadapan bangunan baru bersebelahan Mc D. Nasib baik owner bangunan jenis tak kisah. He.

Perut dah berkeroncong. Jom order.. lihat hasilnya di bawah..


Ni sebahagian sahaja ok. 
Saya order bubur size kecil, ayam goreng dan double cheese burger. Tamak kan? Memang kuat makan. Tapi berat tak naik-naik. Apa masalah? He.


Ni adik saya.. Angah. Tengok saiz macam dia kuat makan kan? Tapi taklah.. dia tak kuat makan ok.


Ni Ain. Kat opis tinggal dia seorang saja yang masih single. Tapi dah berpunya ok. He.


Sebelum makan masih sempat ambil gambar. Nasib baik tak bawa monopod. He..


Angah & Ain.. memang kuat bergambar..

Oklah. Jemput makan eh awak-awak semua. 
Lupa nak bagitau lokasi ek. 
Mc Donalds berdekatan Airport Senai. 

Tata titi tutu..


SouthFest Johor 2014

As salam... 
Hari ini sempat untuk cerita sikit tentang bazaar yang kami ikuti. Pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Galeri Glulam 
17 & 18 Mei 2014
South Fest 2014


Booth no.13 zon B


Sempat lagi pose he..


Suami saya sedang pasang rak. Tq sayang. Kalau tiada u. Tak tahula.. sebab i tak pandai pun..he


Tq sayang support wife u ni.. tq coz memahami diriku ini..


Colorsofscarf item.. 


Susu kambing dari Wildan


Fara beauty official items
Kalau beli di booth harga murah dan berbaloi tau. Rugi tak datang.


Pakaian kanak-kanak dari colorsofkids


Aksesori wanita seperti pin tudung dan brooch


Lip scrub RM6 sahaja ok


Para pelanggan yang sudi bergambar. So sporting tq.


Jom beli.. murah-murah..


Penggemar susu kambing


Cak.. my hubby pose kat belakang tu..


Pelanggan yang comel siap terus pakai baju yang dibeli he.. tq sayang mama dia usahakan cheese tart nanti next entri saya share eh..


Karikatur yang dilukis oleh kawan suami saya Qidal Ent. Tq.

Zombie nite




Seram kan.. saya pun takut tau. Tapi buat-buat cool je. Dalam hati buat selamba je..

Okla.. sampai sini sahaja tunggu entri akan datang eh.. 

Tq baca sampai habis. ♥





Nikorex Display Store

Hai semua. Sihat tak? Harap-harap sihat dan sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini. Sekadar ingin berkongsi cerita. Sebelum ini saya ada cerita pasal bazaar kan? Sabtu petang tu ada la berbual dengan adik Erni dan suami dia Faizal. Mereka cadangkan saya pergi beli bekas-bekas atau rak comel untuk pamerkan barang jualan saya. Jadi nampak kemas dan tersusun sangat. He..


No. 43, Jalan Sulam Taman Sentosa Johor


Ambil gambar dari dalam kereta saja. Saya takutla kan nanti owner kedai tak bagi ambil gambar kedainya. 

NIKOREX DISPLAY STORE

Kalau awak semua nak beli barang atau rak yang memudahkan kerja bolehlah ke link tadi.. 



Ini adalah antara barangan yang dijual di Nikorex



A5 Document holder. Saya beli untuk letak flyers. Comel dan senang kan. RM19.90 sahaja.


Display rack ni RM70 acrylic eh betul ke saya eja. He.


Ni try test ok.. cantik kan? Perasan...


Ni antara resit untuk hari ni. RM101.10 


Berkorban sedikit la untuk bisnes saya. In shaa Allah.


Bakul comel ni RM3.90 & RM5.90

Ok sekian. Ini saja entri kali ini. Tq sudi membaca.

Ais krim goreng

Hai semua.. akhir saya update pada 08 Mei 2014. Ni dah kira tahap kemalasan semakin meningkat he. Sebenarnya saya cuba tau nak update setiap hari.. tapi ada je yang menghalang. Amboi.. salahkan benda lain nampak.. biasa sikap manusia normal. Huhu. 
Sekarang ni bukan nak cerita apa sangat. Tapi awak semua pernah makan ais krim goreng tak? Saya tak pernah. Minggu lepas pergi Giant Tampoi saja jalan-jalan.. niat hati nak beli 1 barang tengok-tengok dalam troli dekat 10 item. Nafsu betul.. he. 

Pada awal nak beli 1 jenis ais krim tapi si suami tercinta ku teringin nak makan ais krim goreng. Jadi layannn... he. Sudah selesai belanja. Balik rumah.. yang tak sangka sekali. Suami saya tolong goreng ais krim tu. Nampak tak kerajinannya terserlah.

Tak ambil gambar suami sebab dia tak pakai baju. Malu la kan.. he..


Ais krim goreng ini keluaran Nestle ada 2 perisa vanilla dan coklat. Kenapa beli dua? Sebab saya suka vanilla suami suka coklat.



Nampak tak ais krim tu.. menyelerakan kan? Di luar panas di dalam sejuk. Sangat sedap! ♥


Fathiah memang penggemar ais krim tak kira siang atau malam dia memang suka makan ais krim. Comel kan nak buat peace tapi salah buat. He.. miss u.

Ok sekian entri ini. Ais krim oh ais krim.