Tuesday 20 May 2014

Lunch Hour Mc Donald

Hari Rabu 21 Mei 2014

Hari Rabu yang sibuk. Sampai nak call order makanan pun tak sempat. Ha.. bayangkanlah wahai kawan-kawan semua. Jadi, langkah mudah.. pergi fast food restaurant yang berdekatan Mc Donalds.. walaupun tidaklah berapa kerap makan di sana.. tapi sekali sekala best jugak. 

Tak sampai 5 min dah sampai destinasi. Cuma tempat parking tiada. Jadi parkir di hadapan bangunan baru bersebelahan Mc D. Nasib baik owner bangunan jenis tak kisah. He.

Perut dah berkeroncong. Jom order.. lihat hasilnya di bawah..


Ni sebahagian sahaja ok. 
Saya order bubur size kecil, ayam goreng dan double cheese burger. Tamak kan? Memang kuat makan. Tapi berat tak naik-naik. Apa masalah? He.


Ni adik saya.. Angah. Tengok saiz macam dia kuat makan kan? Tapi taklah.. dia tak kuat makan ok.


Ni Ain. Kat opis tinggal dia seorang saja yang masih single. Tapi dah berpunya ok. He.


Sebelum makan masih sempat ambil gambar. Nasib baik tak bawa monopod. He..


Angah & Ain.. memang kuat bergambar..

Oklah. Jemput makan eh awak-awak semua. 
Lupa nak bagitau lokasi ek. 
Mc Donalds berdekatan Airport Senai. 

Tata titi tutu..


No comments:

Post a Comment