Saturday 7 June 2014

Bazar Gerbang Selatan 2014

As Salam semua.. Minta maaf sebab bertangguh dalam hal menyiapkan blog. Niat ada cuma tindakan tidak seiring dengan niat. 

Pada 23 Mei dan 24 Mei lepas saya dan rakan niaga yang lain menyertai bazar Gerbang Selatan 2014. Alhamdulillah berjalan lancar walau sering dilanda hujan dan keadaan tapak bazar yang tidak berapa baik. Sebab tapak bazar di atas batu kerikil. Jadi para pelanggan apabila berjalan perlu berhati-hati kalau salah langkah ada kaki terpelecok atau terjatuh. Kan malu. Macam itu juga peniaga seperti kami. Panas dan hujan sanggup diredahi. Semua itu dugaan. Hasil jualan tidak seberapa pun tidak menjadi apa yang penting kami dapat meluaskan pasaran secara luar talian.

Pelbagai aktiviti sepatutnya dijalankan tetapi nampak seolah tiada sanbutan. Tidak tahu di mana silapnya. Artis yang dijemput juga tidak muncul. Bila ada pun sudah minit-minit terakhir. Tak nak disebut di sini. Nanti memalukan artis itu sendiri. Penganjur seolah lepas tangan dengan keadaan yang berlaku. Saya bukan hendak menghentam mana-mana pihak. Sekurang-kurangnya tunjukkan sedikit rasa tanggungjawab anda ke atas kami sebagai peniaga. 

Kecewa di atas tindakan penganjur sebenarnya. Dan kami sememangnya ingin duit sewa dipulangkan. Tetapi penganjur sudah melarikan diri. Mungkin takut berlaku perkara buruk ke atas mereka.

Tapi ini semua pengajaran buat kami peniaga baru. Sekurang-kurangnya kami perlu lebih berhati-hati jika hendak memilih tempat berniaga selepas ini. Nasi dah menjadi bubur.

Cuma saya paling ingat saya suka makan nasi ayam penyet yang dijual oleh peniaga disitu. Rm8.00 tetapi berbaloi. Cuma nasi sedikit. Saya ni nampak sahaja berbadan kurus tapi bab makan memang banyak. He..

Nak tengok ke gambar sekitar acara bazar ni? Selamat menjamu mata :)
Pelanggan cilik anak founder 
Colorsofscarf

Pelanggan yang sudi membeli body scrub iris

Yeah dapat baju baru. Tq ibu.

Nak juga enterframe. Selfie sikit.

Hujan yang turun sedikit menjejaskan
Tapak niaga

Tapi kan paling seronok tengok gambar 
Bawah ini.
Yus Jambu tolong saya promot 
Floral Mask yeah!!! Comel kan? :)


Muka dah berminyak masa untuk pulang he..

Dari kiri:- founder farabeauty_official, erni colorsofkids, effa colorsofscarf dan cyla cylaalicious

Sampai jumpa lagi di entri akan datang

Salam sayang,
Fara



















No comments:

Post a Comment